Monday, October 10, 2016

MISI TAWAN GUNUNG KINABALU 29/9/16 - 2/10/16 PART 3

ASSALAMUALAIKUM....

Sekarang kakroz nak share pasal pengembaraan ke Gunung Kinabalu since entry part 1 and part2 da sentuh tentang pengenalan dan senarai barangan yang perlu/wajib dibawa ketika mendaki beserta jadual perjalanan. 


Sebut sahaja negeri Sabah kita semua akan terbayang akan Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095.2 meter dan diiktiraf sebagai gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara selepas Hkakabo Razi di Myanmar (5,881 meter), Puncak Jaya (4,884 meter), Puncak Trikora (4,730 meter) dan Puncak Mandala (4,700 meter) yang kesemuanya terletak di Indonesia.     Dalam bahasa Kadazandusun, ia dikenali sebagai Aki Nabalu yang bermaksud Gunung Nenek Moyang. Ia menyimpan seribu satu misteri dan pelbagai kisah mistik serta lagenda tempatan yang terus diceritakan dari satu generasi ke satu generasi sehingga kehari ini.  


Saban hari dan tahun, Gunung Kinabalu tidak pernah sunyi menerima pengunjung dan pendaki samada dari dalam dan luar negara yang ingin menawan puncaknya. Keindahan flora dan faunanya terus terpelihara dan menjadi salah satu tarikan kepada sesiapa sahaja yang pernah menyaksikannya ketika melakukan pendakian.Gunung Kinabalu juga sudah mendapat atatus sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.


Berdasarkan kepada fakta-fakta diatas, tidak hairanlah apabila TEAM #NEX memilih Gunung Kinabalu untuk melakukan XPDC bagi menawan puncaknya pada tahun 2016 ini.   Pada kali ini, #NEX telah memberi peluang lagi kepada seramai 25 orang untuk melakukan pendakian.


Selepas nama-nama ahli diumumkan di dalam wassap group, maka bermulalah latihan secara intensif selama sembilan bulan bagi persediaan untuk menghadapinya (sepatutnya lah :P). kisah training kakroz dan #teera akan diceritakan dalam kisah yang akan satang.  Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, penerbangan kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza waktunya dimana penerbangan pertama pada jam 9.30 pagi, penerbangan kedua pada jam 10.30 pagi dan penerbangan ketiga pada waktu petang(uruskan kenderaan sendiri ke kundasang). 


 kakroz dan teera pula datang dan pulang sehari awal dan lambat sementelah waktu tu je yang flight ticket murah :). kakroz dan teera tiba di KKIA pada pukul 1030pm dan mengambil teksi ke rumah rumate semasa di KMNS dulu #DRFARAHNADIA.




roomate #kmns <3

 kami tumpang tidur semalaman dan bergerak ke bandar pada pukul 9 pagi. oleh sebab #drfarahnadia pagi2 lagi sudah ke hospital, kami berjalan kaki menuju ke pekan berhampiran. setelah 10-15 minit berjalan ,kami tiba di Foh Sang, seperti pekan cina di melaka.hehehehe....sebab kawasan itu terdapat ramai penduduk dan peniaga cina. tujuan kami ialah mahu ke damai plaza untuk membeli stok jajan dan air mineral.selang satu blok sebelum ke damai plaza,kami telah ditegur oleh seorang uncle cina,yang kebetulan lepas berjalan pagi (very energetic and friendly).he asked us where to go?from where?what are we doing here?and soooo on.kami cakap la nak cari tempat breakfast. uncle tu dengan selamber nye offer kami ke gerai melayu yang kind of popular for breakfast tapi malangnya da tutup sebab makanan da habis.kami ke kedai sebelahnya.alhamdulillah masih ada makanan. kami order soto ayam. alhamdulillah sedap. kami bersembang dan lepak macam dah lama kenal dan saling bertukar cerita. his name was johnny yong.we called him uncle john.he even told us tips on how to climb smart. bila kakroz tanya pasal buah tarap uncle john terus lesap gi kedai berhampiran nak cari.huhuhuhu...tapi malangnya takde.habis makan, uncle john quickly pay our food.ehhhh...mana boleh. he said its ok. then dia tanya lagi ke mana kami nak pergi.we said we nak cari bas or teksi to town. again he showed his kindness by ajak us tumpang him go to town because he also want to go to town to repair his tablet.takkan nak tolak pulak :P alhamdulillah rezeki jumpa dengan orang baik2. he drove us around kk town so that we tak kan sesat (sesat juga akhirnya di malam terakhir :(). lastly he dropped us in front of filipine market since still early to go to the airport again. kami sempat selfie bersama dan dia bagi name card so that we can send our pics to him when WE succeed reach the peak :) INSYAALLAH.



thank you sooooo much uncle john <3


kakroz and teera berjalan lagi ke jesselton jetty pulak.lepak2 rehat2 makan buah buahan fresh dari pasar gantung.hampir pukul 1230 tengahhari kami mula bergerak ke padang merdeka since from google we know that kat situ letaknya stesyen bas untuk ke airport yang berharga RM5 seorang.jalan2 kat kk ni senang je sebenarnya dan saling berdekatan.no wonder kita boleh tengok ramai tourist jalan kaki ke kat sini.alhamdulillah we got ticket ke airport pukul 1.15pm.sempat lagi ke KKIA since admin suruh kumpul pukul 230pm kat starbucks.

Selepas kami semua tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu pada jam 3 petang,kami saling berkenalan secara ringkas sementelah inilah perjumpaan kami yang pertama kerana selama ni kami cuma berbalas wassap di group sahaja.the feeling was lebih lagi dari malu malu kucing :P  bas yang telah sedia menanti terus membawa kami ke Kundasang untuk kami check in di Midori's Homestay bagi melepaskan penat.  homestay ini terdapat 2 buah rumah yang mempunyai 4 bilik (wanita) dan 3 bilik (lelaki). Makan siang dan malam kami pada hari ini ialah di Anjung Rasa yang terdapat dalam perjalanan kami ke kundasang. iolls terkejut ada nampak giant kat situ :)  setelah check in di midori's homestay,satu taklimat ringkas dan soal jawab telah dibuat sehingga jam 9 malam di rumah kumpulan wanita . 


Keesokan harinya, kami mulai bersiap untuk check out dari midori's homestay pada pukul 6.00 pagi. van transporter ke kinabalu park tiba setengah jam kemudian. kami sempat bergambar kumpulan sementara tunggu ketibaan van. perjalanan ke kinabalu park cuma mengambil masa 10-15 minit sahaja. selepas admin selesaikan urusan pendaftaran dan pemberian name tag,kami bersarapan di kedai makan seberang jalan. scramble egg with one slice bread RM6 :) KEMUDIAN,  kami semua berkumpul  untuk meninggalkan beg besar di SSL dengan bayaram RM12 satu beg. mereka yang ingin menggunakan khidmat porter juga perlu menimbang beg terlebih dahulu.kakroz mula mula acah acah sado nak pikul beg sendiri.lepas kena tarbiah dengan sis hana terus cuak pulak.pi timbang beg sekali dah 8kg.kegilaan apekah ini??? ok sis redha upah porter bawa beg sis :) satu kg RM 13 YE. SILA DARAB SENDIRI :D


 Kemudian kami bergerak ke Timpohon Gate menaiki van dengan lambang KOKTAS. Timpohon gate merupakan laluan utama ke Gunung Kinabalu untuk kami semua mendaki sejauh enam kilometer yang mengambil masa antara 5 ke 6 jam untuk tiba di Laban Rata dan seterusnya Check In Lemiang Hut. kira kira 100m lagi dari laban rata dan perlu mendaki sejumlah anak tangga lagi :)


 PENDAKIAN KE LABAN RATA (30 SEPTEMBER 2016). 


Selesai mendengar taklimat dari guide/malim gunung , membaca dan mengaminkan doa, kesemua peserta memulakan pendakian dengan semangat yang membara. malim gunung juga merupakan porter kami.berbekalkan tongkat,baju hujan dan air botol 500ml kakroz menuruni tangga sebelum mula mendaki. baru nak feeling sedih porter kat belakang kalo haus macam mane,sekali ehhh porter kita jalan saing kita la..haha..guide/porter kakroz ialah julius. rasa sangat selesa dan tak pressure or stress. memandang trek kinabalu boleh dikatakan mudah dan user-friendly TAPI bertangga, kakroz apply teknik satu langkah satu zikir.:) dari permulaan kakroz start dengan subhanallah sampai jumpa pondok/signboard km kakroz tukar ke zikir seterusnya, alhamdulillah, allahuakbar, selawat dan macam2 lagi.tujuan,untuk melalaikan otak dari rasa letih,penat,emosi,pewai,ams,patah semangat.kakroz juga jarang berhenti di pondok tapi berjalan slow2.lain orang lain cara :)


Selepas mendaki beberapa kilometer dan melalui laluan yang curam, berliku-liku dan memanjat, kami mula merasa letih, mujurlah terdapat beberapa pondok yang disediakan di setiap satu kilometer bagi membolehkan kami semua  berehat dan 'melepaskan hajat' kerana kemudahan tandas dan paip air ada disediakan disitu.   Antara nama-nama yang diberi kepada pondok-pondok rehat itu ialah Pondok Kandis, Pondok Ubah, Pondok Lowii, Pondok Layang-layang,Pondok Villosa dan Pondok Paka. Sepanjang pendakian dalam jarak 2 kilometer ke Laban Rata, kami semua boleh saksikan pemandangan yang indah dengan hiasan pokok bonzai dan renek yang tumbuh dikiri kanan jalan kerana sebelum ini kami melalui hutan yang agak tebal. Selepas melalui pendakian yang panjang, kami semua akhirnya tiba di Laban Rata sekitar jam 4 petang dan kesempatan diambil untuk berehat dan makan tengahari serta malam sekaligus. Selepas itu semua peserta menuju ke bilik masing-masing untuk bermalam dan akan bangun semula jam satu pagi esok untuk bersiap-siap dan seterusnya akan mula mendaki ke Low's Peak pada jam 2 pagi .


selama kakroz join naik gunung2 di semenanjung, kami selalu di tipu dengan mengatakan jangan give up, sikit lagi sampai puncak, nak makan best2 semua bole kat puncak, tapi haremmmm..da la penat xde porter pastu nak kena masak lagi,wat unggun api lagi, sentri lagi, bole meroyan jugak la :P tapi alhamdulillah trip kinabalu memang macam vip. sampai laban rata, kita bole makan buffet puas-puas sampai ko dah xlarat nak makan :) lamb blackpepper, spagethi, ayam goreng, macam macam lagilah..perghhh..memang mabelesss...


tapi harus set dalam otak,naik kinabalu ade cut of time.kita kena sampai laban rata sebelum pukul 5 kalau tak guide akan caj untuk ot RM15/jam.same jugak waktu turun, kena sampai timpohon gate sebelum pukul 5. waktu makan malam di laban rata start pukul 430pm hingga 730pm.sapa lambat xdpat makan melainkan ada ahli kumpulan yang dah tolong tapaukan siap2.untuk summit attack,kena lapor diri dekat check point akhir, sayat-sayat sebelum pukul 5 pagi kalau lebih anda tidak dibenarkan untuk naik ke puncak keran bahaya dan berangin serta berkabus.selepas turun dari puncak, anda juga perlu check out dari tempat penginapan sebelum pukul 1030am jika lambat akan didenda RM100/jam. waktu makan pagi juga disediakan dari 730pg hingga 1030pg sahaja.


jom cuci mata tengok gelagat kami :)




perjumpaan pertama di starbucks KKIA


ready to go !!! kinabalu here we come !!


lunch + dinner di anjung rasa,putrajaya :)
jauh2 kami ke kk,makan di putrajaya juga :P
kakroz lesap gi beli sayap...sayap tu chicken wings ye gaisss XD
ade giant taw sebelah kedai ni :0


check in di kundasang
midori's homestay
yang kuning rumah untuk gegirl yang oren rumah boboboi
sejuk melampau.heater pon hidup segan mati tak mahu.bising je lebih. katil/tilam/bilik super selesa


sesi penyerahan baju group #NEX oleh gogo(abg madey) kepada aizat sambil disaksikan oleh joe san dan abg pian serta photobomb of the day,kak illy


ni lah satu satunya gambar kumpulan kami T_T
dari hadapan yang mencangkung fuad,madey,ell,ct,kak izan, seterusnya yang berdiri bro asri, abg pian, arif,aizat,ady,doris, kakroz,kak illy,joe, min, nadia,lara,kaknor,hana,sis ita,fiqah dan teera.


sarapan sebelum mula mendaki



 terbaiklah dorang ni boleh bedal nasi pagi2..
chef ady pon pelik :P


sesi penyerahan name tag !! yeayyyy!!


yeayy kita pon ade name tag.wajib pakai sepanjang mendaki.
nama, tarikh mula mendaki, no kumpulan mengikut tarikh daftar, no dalam kumpulan, bulan daftar.


up gambar dengan idola 1 :P


kekalutan nak simpan beg kat SSL dan timbang beg untuk porter bawa


ehh cun la sumandak jaga kaunter simpan beg tu :)


fuad belanja gambar depan kinabalu park satu...geng belakang :)


pasangan romantik abad ini, sis izan, bro asri dan iparnya, kak ita :P
ondeway gi timpohon gate..rama rama da start terbang dalam perut :P


warming up sikit :)


SELAMAT MENDAKI


taklimat sebelum mendaki.memperkenalkan guide/malim gunung/porter


jangan terkejut..macam nilah keadaannye lepas kita masuk je laluan timpohon gate.korang akan turun turun turunnnn turunn sebelum mula naik naik naikkk naikk sampai ke puncak :)


mula mula ni memang jalan dalam group besar, dah lama nanti terus jarang jarang :)


tak lama lepas turun tangga tadi akan jumpe dengan carson falls..perghh rase macam nak mandi air terjun je.sejuk tak hengatttt.itu bro pian :)


selalu tengok dalam youtube je .. da nampak depan mata rase x percaya :P


my bag, my porter :)


hai there..nilah bro julius my malim n porter


geng sado yang pikul beg 12kg :)



tq abam porter amik gambar kite :P



berhenti lunch kat pondok layang-layang


nepenthes villosa - periuk kera


macam nampak kat pondok villosa...untuk kecemasan



sekian buat masa ini.entry seterusnya akan menceritakan peristiwa hijrah kami (sempena awal muharram) dari laban rata ke low's peak (summit attack).stay tune yaaaaa :)




kakroz,
kakak sado yang comel

1 comment:

  1. Done follow blog awak!hehe. Jangan patah semangat untuk terus menulis. Teruskan usaha murni. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

    ReplyDelete