Sunday, October 9, 2016

MISI TAWAN GUNUNG KINABALU 29/9/16 - 2/10/16 PART 2

ASSALAMUALAIKUM....

Entry kedua pasal tawan #gkb ni kakroz khaskan untuk list barang2 yang perlu di bawa dan jadual perjalanan sepanjang trip ni :)


PERALATAN YANG PERLU DIBAWA KETIKA MENDAKI GUNUNG KINABALU (WAJIB)

  1. Baju sejuk waterproof (tebal), jangan guna sweater dan jangan pula terlalu tebal nanti menyusahkan pergerakan.
  2. gloves waterproof, jika guna gloves kain nanti jika hujan, tali yang dipegang akan basah.
  3. baju hujan (rain coat) seeloknya cari yang tahan lasak.
  4. head lamp(lampu kepala), bateri akan cepat habis di kawasan puncak gunung/tinggi, seeloknya balut bateri dengan aluminium foil/emergency blanket supaya tahan lama.
  5. tongkat- ikut kesesuaian individu
  6. makanan dan minuman ringan/tenaga
  7. kasut mendaki yang sesuai
  8. ubat-ubatan persendirian-minyak urut,ubat ams,panadol,yoko-yoko,salonpas
  9. peralatan mandi
  10. pakaian untuk mendaki dan bermalam di laban rata
  11. stokin lebih
  12. buff/penutup hidung dan mulut-cuaca sejuk dan berkabus di puncak boleh mengundang selsema jika hidung dibiarkan tidak tertutup

***NOTA
beg tidak perlu terlalu besar.30L sudah mencukupi untuk di bawa ke laban rata/puncak.

barangan/pakaian/beg yang tidak digunakan boleh di simpan di kinabalu park dengan RM12/bag.




ini pula merupakan tentatif perjalanan kami yang dirancang oleh admin

29/9/2016 (khamis)
  • tiba di kota kinabalu selewat-lewatnya sebelum pukul 3 pm
  • lunch
  • check in di kundasang
  • dinner
  • taklimat
  • tidur
30/9/2016 (jumaat)
  • 630am-breakfast
  • 700am-pendaftaran
  • 830am-mula mendaki dari timpohon gate ke laban rata (6jam)
  • 600pm-dinner
  • 800pm-tidur
1/10/16 (sabtu)
  • 100am-persediaan untuk ke puncak
  • 200am-supper di laban rata
  • 230am-summit attack (2-4jam)
  • 1030am-turun ke timpohon gate
  • 500pm-bertolak ke kota kinabalu
  • 700pm-check in kota kinabalu
  • 800pm-dinner,aktiviti bebas
2/10/2016 (ahad)
  • aktiviti bebas
  • 1230pm check out, balik semenanjung ikut flight masing2.


ini pulak kejadian sebenar yang dialami oleh kakroz XD


28/9/2016 (rabu)
  • 500pm-tiba di KLIA
  • 745pm-mula berlepas ke KKIA
  • 1030PM-tiba di KKIA
  • 1130PM-tiba di rumah #drfarahnadia


29/9/2016 (khamis)
  • keluar dari rumah #drfarahnadia
  • foh sang-tumpang uncle john-bandar kota kinabalu
  • tiba di kota kinabalu selewat-lewatnya sebelum pukul 3 pm
  • lunch
  • check in di kundasang
  • dinner
  • taklimat
  • tidur
30/9/2016 (jumaat)
  • 630am-check out midori's homestay
  • 700am-pendaftaran
  • 830am-breakfast
  • 945am-mula mendaki dari timpohon gate ke laban rata (6jam)
  • 430pm-sampai laban rata,solat di bilik,dinner
  • 800pm-tidur
1/10/16 (sabtu)
  • 100am-persediaan untuk ke puncak
  • 200am-supper di laban rata
  • 230am-summit attack (2-4jam)
  • 1030am-breakfast
  • 1100am-turun ke timpohon gate
  • 530pm-sampai timpohon gate
  • 700pm-gerak ke kota kinabalu
  • 900pm-dinner
  • 1000pm-check in refarer hostel, aktiviti bebas
2/10/2016 (ahad)
  • aktiviti bebas
  • 1230pm check out, balik semenanjung ikut flight masing2.
  • jalan jalan bandar
  • makan buah tarap di pasar filipine
  • island hopping
  • makan seafood sampai lebam
  • teh taik kaw + roti sedap dengan uncle john
  • tidor airport
3/10/2016 (isnin)
  • 600am-subuh
  • 645am-berlepas ke KLIA
  • 1000am-tiba KLIA
  • 1130am-tiba DECATHLON?KAKI KAMI MASIH SADO :p



SEKIAN 

KAKROZ HAKAK SADO YANG KUAT BERJALAN

No comments:

Post a Comment