ASSALAMUALAIKUM....
apa kabar ibu2 bapak2 teman2...lagi ngapain dong?? haha mode indon sudah...
hows your deepavali holidays guys?? kakroz g makan lauk kenduri and mee udang banjir je kat kole selangor :)
entry kali ni pon pasal training pra-kinabalu kakroz lebih kurang sebulan sebelum ke kk. lokasi kali ini juga bukit :) Lokasi yang kami pilih dekat sahaja, iaitu Bukit Saga Ampang. Bukit Saga mempunyai ketinggian 410 meter dan terletak di antara Ampang dan Cheras. Bukit ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Hulu Langat. Kami menuju ke sana menggunakan laluan MRR2. Boleh juga menggunakan laluan ke Hulu Langat. Untuk waze, sila taip Taman Saga Ampang dan anda akan dibawa melalui laluan Taman Saga (ada tiga laluan lain lagi untuk ke Bukit Saga). Ya, bukit tersebut terletak dalam kawasan taman perumahan. alkisahnye sebelum sampai kitorang sesat..siap da masuk hulu langat..jalan nak ke sungai congkak - pangsun..pastu nampak signboard ampang terus ikot je..at last sampai jugak ke destinasi...
trip kali ni meriah dengan orang lama dan baru...yang dah lama kenal, kakroz,dila,teera pastu yang baru kenal kak ika/aina(sepupu teera) n balqis . oh yeee..baru teringat, kakroz n dila baru balik dari ganu, sampai tbs subuh, terus shoot g uma teera n terus hiking...hahahhaha...gile tak...dengan tidor pon xseberapa dalam bas tu...
Untuk kenderaan, boleh parkirkan sahaja di sepanjang jalan berdekatan dengan Rumah Pangsa Saga. Kami memulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi dan perlu berjalan melalui laluan yang dipenuhi dengan kontena lama dan traktor sebelum menuju ke trek A dan C.dengan sombongnya kami jaln melepasi group yg sedang warming up menuju ke atas...sekali ade anjing...haha stop kejap..pastu tepinga-pinga..sampai la kena tegur dgn brother group tu..nak gi mane dik? ke puncak la...ooohh tapi bukan ikot situ...situ nak pergi tokong cina...cisss...tula..lain kali tanye kalau tak taw :P lepas kena malu tu, kami pon ikot la group dorang..ramai team dorang ni.. Kami memilih trek C untuk mendaki manakala trek A untuk turun. Mengikut pembacaan rakan saya(fiqah nur,yang dah pergi dulu), trek A lebih pendek tetapi curam manakala trek C panjang tetapi santai.
again..kakroz is pandang rendah dengan bukit :( hamik kawww...start naik terus pacak..sebab da lama xexercise jantung bedegup kencang giler..napas pon da macam orang sesak napas...trek pacak nye...hahaha..dengan dila pon slow...orang baru laju ke depan :P hahahaaa pancit deknon...ktrg pon dengan sadisnye dipotong oleh semua...hahaha..tapi dalam grup besar tu ade yang pancit gak..kire saing dorang la..haha..dengan berbekal keazaman yang kental,akhirnya sampai jugak ke puncak..fuyyo puncak die..macam taman permainan outdoor..hahaha....ade disediakan hammock, kerusi utk berehat, pondok, buaian,air pon ade tapi xtaw air ape(paip/masak).
masa tengah lepak2 selfie2 brother group besar tu tanya,nak join tak gi air terjun...dengan excitednye tanpa mengetahui kebenarannya pon jawab nakkkkkkkk.....pastu follow la dorang...brother tu sangat berminat nak borak dengan dila :P hahahaha....memula memang excited,seronok sebab trek meurun.pastu mula turun naik,langkah balak,acah2 abseiling turun batu air terjun, tak sampai2 jugak..bunyik air terjun pon xde...bengang nau rasenye...tak lame tu baru jumpe cucu sungai tu pon cetek la hai...pastu baru ade dengar bunyik air...da selisih dengan group yang nak balik..die kate ade lg setengah jam sampai..whatttttt...apekahh..rase mental dah ni.air pon nk abis dah..pastu baru jumpe sungai yang jernih..xberapa besar tapi bole la nk celup2 kaki ke muka ke...kena turun sikit baru jumpe air terjun...
sampai je air terjun,brother tu suruh makan,kosongkan beg, ringankan beg,kurangkan beban..padahal ktrg bukan bawak mknan pon...sebab xplan nak gi air terjun...ktrg xmandi pon...celup2 tangan je...sejukk...lega la sikit hati yang bengang sebab jauh nak gi sini...brother tu n de gang excited bersiram bawah pancuran air terjun...siap simbah2 kita dengan air lagi :P da hilang penat, puas mandi kami pon bergerak pulang...mental lagi...time balik ni slow sebab balqis sakit...macam sakit dada...rupa-rupanya memang esok die ade appointment kat hospital sebab selalu sakit dada...nasib baik kami bergerak dalm group besar dengan ade brother n sister yang da expert n prepared dengan emergency kit/ubat....thanks brother sister...
sampai puncak balik...hauss...ade nampak bekas air n cawan..untuk minum kottt...tibai jela...huhu..turun kitorang lalu trek lain...cepat sampai tapi TANGGA ! kasihan lutut ku T_T ondeway turun ade lagi 1 tokong kat tepi bukit...bile abis trek turun, kite akan lalu kawasan kebun orang.ade pokok rambutan,pokok pisang...keluar je trek tu akan jumpe pakcik jual buah,air dan walking stick...tak memasal kakroz n teera beli sorang satu :) bertukar no fon dengan brother sebab nak tuntut gambar :P no dila jela..hahaha...pastu kami pon berpisah...sayup2 dengar azan zohor..perghhhh...sebab gi air terjun tu, rase macam 2 kali naik bukit saga :P
ondeway gi parking kereta,purse kakroz tercicir..nasib baik cepat perasan sebab nak cari touch n go..pastu patah balik dengan balqis sebab die kate macam ade perasan purse kat jalan..alhamdulillah jumpa balik...hati jantung limpa semua da kecut...:P thanks balqis :)
sekian je la ...balik ktrg makan kat sg besi...mee tarik..kaki kengkang..solat pon seksaa..ahahhaaa...lama jugak rehat lepak kat surau kat restoran tu :P
ni kakroz kopipasta dari blog #fiqahnur
Di bawah, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang berhasrat untuk mendaki bukit ini.
.1) Meski hanya berketinggian 410 meter, tetapi trek bukit ini tidak sama seperti Broga. Ia hanya landai di jalan masuk, seterusnya akan semakin tinggi dan tinggi.
.2) Kebanyakkan pendaki lain menggunakan “trekking pole” (tongkat mendaki) untuk menahan badan sendiri semasa mendaki.
3) "Trekking pole" ada dijual di jalan masuk oleh penjual nasi lemak. Harga RM 20 dan RM 25. Saya kurang pasti perbezaan trekking pole pada kedua-dua harga tersebut.
4) Terdapat 4 checkpoint yang perlu anda lalui sepanjang trek.
5) Landmark bagi checkpoint pertama ialah kuil cina. Pada masa ini, trek akan terbahagi kepada dua. Ke kiri adalah trek C manakala ke kanan trek A.
6) Di kedua-dua checkpoint 2 dan 3 terdapat pondok untuk berehat sebentar sebelum meneruskan pendakian.
7) Mengikut pengalaman pendaki lain, trek C dikatakan trek yang paling santai. Santai yang dimaksudkan di sini adalah, terdapat tangga yang dibina menggunakan akar kayu dan papan untuk memudahkan pendakian tidak seperti di trek A di mana pendaki perlu memanjat batu-batu menggunakan tali.
8) Tangga yang dibina di trek C pula BUKAN seperti tangga di rumah di mana jarak antaranya dekat. Bermula di checkpoint 2, ketinggian semakin mencanak.
9) Tiba di checkpoint 4, sekali lagi trek dibahagi kepada dua, iaitu ke kiri menuju ke air terjun dan ke kanan menuju ke puncak bukit. Jarak dari checkpoint 4 ke puncak bukit hanya mengambil masa kira-kira 5 minit.
10) Elakkan membawa beg yang berat kelak anda menyesal kemudian.
11) Di sepanjang pendakian, anda akan di sapa “hello!” dan “good morning!” oleh pendaki yang menuruni bukit.
12) Berhati-berhati kerana sesetengah pendaki turut sama membawa anjing mereka mendaki (baca:anak anjing).
13) Sila pakai kasut yang selesa.
14) Patuhi arahan yang ditetapkan
15) ada rezeki anda boleh nampak pemandangan kuala lumpur :)
sedikit gambar di bukit saga....
muka sebelum mula mendaki.laluan untuk starting point.jangan pelik kalau nampak ade bnyak backhoe :P
yeayyyy orang lama da sampai puncak.kakroz,dila,teera
air terjun yang excited sangat nak pergi tu..hmmm..haha
lantak kome la nak mandi..xsior teman :P
bergabung !!
di puncak saga...naik puncak kali kedua baru jumpa props ni :P
tudiaaaaa...ramai kawan baru :)
macam da kenal lama je gaya happy nye tu :)
ehemmm sape amik gambar dila ni? hahaha
trek yang kejam !!
kuala lumpur kat belakang tu xjelas...jerebu,mendung....kalo cerah tak jerebu bole nampak klcc,kl tower.
sekian!!
KERANA HIKING KITA RAMAI KAWAN,
KERANA HIKING KITA BANYAK PENGALAMAN.
kakroz kakak sado yang suka berjalan :)
No comments:
Post a Comment