assalamualaikum <3
1 OKT. 2016, MENUJU KE PUNCAK
(LOW'S PEAK 4095.2m)
(LOW'S PEAK 4095.2m)
sambung balik entry part 3, kakroz sampai laban rata dalam pukul 4 lebih.dengan fiqah, kaklara dan bro julius.joe san pon polo jugak dalam pewai2 die :) sampai je laban rata bro julius suruh we guys naik bilik dulu letak barang..whattttt...kita da la lapar T_T
penginapan kami untuk malam ni di lemaing hut.lebih kurang 100m dari laban rata.perlu mendaki sejumlah anak tangga lagi.oh damn !! haha...tekezut masuk bilik..ohh dorm rupenya..katil double decker..ade 16 beds semua..nasib sis awal,dapat katil bawah..tak daya nak panjat katil atas dah :) kitorang disambut oleh geng runner yang sampai awal.pukul 2.15 orang yang first sampai,ct pastu sham,nadia dan last kak hana pukul 2.45pm....i was like...gileeeeerrrr....pukul 2.45pm tu macam baru kat KM5.0 je T_T pantas giler dorang ni...dorang sampai awal,lepak lama kat cafe laban rata tapi xbole makan lagi since buffet start pukul 4.30pm..huhu..nak beli sendiri harga bole menangis woooo...haha...pastu dorang lepak bilik je siap mandi :) heater kat sini pon sama, hidup segan mati tak mahu..bole kebas lepas kena air die.amik wudhuk pon cecepat :) paling pantas dalam sejarah :P
siap solat baru kami semua turun makan.sampai cafe da ramai team #nex lain yang da sampai tengah makan.alhamdulillah.semua berjaya ke laban rata. sweeper last sampai dalam pukul 5 lebih..big clappss to allsss :) kakroz terkilan xdapat begambar kat beranda luar kafe.hujan,sejuk.dalam cafe best.panas je.makanan? superbbbbb...
ada nasi,maggi goreng,lamb blackpepper,ayam goreng,chicken sausage,mix vege yang fresh,fruits,dessert dan tea/coffee. suasana dalam cafe ni best sangat since cafe ni tempatkan semua hikers yang daki kinabalu. ade macam2 bangsa dan negara. kakroz n teera berkenalan dengan couple dari hong kong, joey and sam.they were sooooo lovely, the boy was soo cheeky n noty while the girl sangat ayu sopan dan cute. dorang dari mabul,scuba diving terussss daki kinabalu..cayalahhh...they said we were sooo lucky ade tempat yang best untuk dilawati di negara sendiri.even our laut also macam syurga hidupan laut bagi pencinta laut.sooonnnn la we try scuba diving ye...kakroz xpandai berenang lagi..teera bole la...da g swimming class :) too bad phone teera mogok,sooo semua pics,video,boomerang dari phone teera xdapat diselamatkan since teera xsempat wassap ke kakroz ...huwaaaaa T_T
abis makan, lepak2 kat cafe, kami semua balik ke dorm bersiap untuk solat maghrib-isyak dan tidur.kak ell pesan, kami kena tidur pukul 8. i was like....awal nye..xpenah tido pukul 8 :) peraturan di situ, pukul 8,semua lampu perlu dipadamkan dan semua pendaki perlu rehat dan tidur. kami semua tidur lengkap berpakaian untuk summit attack. baju group #nex yang warna hijau.kakroz pakai berlapis-lapis baju.inner,t-shirt,windbreaker,jacket.stokin.but still sejuk lagi T_T pastu kakroz pakai emergency blanket.beli yang murah2 je kat lazada :) hahahahampehh lambat giler nak kasi effect panas..haha..sian la orang sebelah dengar kita buat bunyi bising..hahaha...sorry kak izan...sorry guys...
oh lupe...doris, our cute doctor rase tak sihat dan terus berehat lepas makan ubat. lepas semua da get ready untuk tidur dan tidur, pastu kakroz terjaga sebab macam bising sikit.tengok jam baru pukul 9 T_T masyaallah lambatnye masa berlalu..dah la tidur pon xlena..sejuk sangat...doris gitaw lepas die terjaga, die dengar macam2 bunyik..haha..jangan terkejut ye..die dengar bunyi orang mengerang,mengigau,menangis...huhu..biasa la tidur dalam keadaan sakit macam tu memang akan mengigau la....hahaha....pastu sambung tidur balik dah rasa panas dan selesa dah kena kejut pulakkk T_T its time to summit attack.pukul 1 kami semua bangun dan bersiap untuk summit attack.pendakian ke puncak ni bawa beg sendiri.beg kakroz isi air je semata-mata.ringan sikit.lepas tu kami ke cafe untuk supper.serious xder selera.nebes xhengat time ni..sejuk lagi...asap kua kat mulut tu da biase :P kakroz makan roti je sekeping.tu pon xabis :)
siap makan, guide panggil untuk taklimat seterusnya. Beberapa panduan, nasihat serta pantang larang yang perlu dijaga telah diberikan dan perkara-perkara ini perlu diberi perhatian agar semua peserta selamat mendaki dan menuruninya kelak. ade lagi dalam 2.7km untuk sampai ke puncak.kami perlu lepasi sayat-sayat checkpoint sebelum pukul 5am. check pakaian,headlamp,gloves. baca doa dan start naik.terus tangga weyhhhhh...tangga tangga tangga tangga lagi dan tangga tangga tangggaaaaaa....giler...sadis betul lutut kakroz.huhuhu.semedang kena potong :)dengan group sendiri dan group lain..huhuhu...penat mental sejuk oksigen kurang gelap takut dan macam2 lagi perasaan :P
Keadaan gelap gelita yang hanya disinari cahaya lampu suluh di kepala setiap peserta sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam permulaan pendakian merempuh ratusan anak tangga yang sangat meletihkan. Suasana dingin dan laluan berbatu yang basah dan licin juga menyebabkan kesemua pendaki lebih berhati-hati. Mujurlah ada tali keselamatan disediakan untuk berpaut yang memudahkan sedikit pendakian.
Semua pendaki yang tiba di Sayat-Sayat iaitu pusat pemeriksaan terakhir, telah diambil semua butiran melalui tanda nama yang dipakai. Sebenarnya di paras ini adalah amat sukar untuk berjalan dengan pantas dan selesa kerana ketepuan oksigen atmosfera hanya 70 peratus dan pendakian terakhir sejauh 1.6 km itu disifatkan sebagai amat mencabar. Biarpun jari dan bibir merasa kebas berikutan suhu yang mencecah sehingga 2 darjah Celcius di bawah paras beku namun kepuasan menakluk Gunung Kinabalu itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. untuk pendakian ke puncak ni, kakroz xbole apply teknik satu langkah satu zikir sebab xmatch gerakan dan sebutan.kakroz cume kira 1-100 je.pastu rehat sekejap.sambung lagi kira..
kakroz lepasi sayat-sayat checkpoint sipi2 je.dalam pukul 4.42am kakroz sampai sayat-sayat.nasib baik lepas.masa sampai situ nampak bro pian tgh berasap...fuhh alhamdulillah ade geng..huhu..sebab memang da start sendiri sebab yang lain sume da potong.kekadang kakroz join guide dari group lain :P ade jugak guide kami yang namanye sharul tarik kakroz..puiii laju gile die bawa...xbole tahan nk ikot pace die..last2 kakroz lepaskan tangan die....im sorry bro..u're tooo fast :P kakroz sambung menyiputtt..hahaha...sekarang tinggal mental n iman je kuat ke tidak...:) tak lama lepas sayat-sayat, hari pon makin cerah.sudah tak perlu pakai headlamp.kakroz da bole nampak sape kat depan kakroz.tapi xlarat nak pandang belakang :) kat depan tu kak roz bole nampak kak ita n chef ady.chef ady jalan maintain je.yang geram tu..chef ady selalu je berenti rehat tapi kakroz still xbole catch up.angin betol tengok orang tua (tahun depan 5 series) itu.follow je die dari belakang sampai nampak dia samar-samar je T_T
lepas tu kakroz jumpe teera balik..yeayyyyy...sisters on fire !!! hahaha.....sampai kat KM8.0 dorang yang lain berenti amik gambar tapi kakroz terus je jalan..xkuasa dah nak berenti..pikir nak sampai puncak je..nampak je dekat dari KM8.0 nak ke puncak tapi sebenarnye...hazaaabbb yang amat T_T JAUH LAGI PUNCAK TU..KALO DENGAN KEADAAN KAKROZ YANG MENYIPUTTTT tu ade la lagi sejam baru sampai T_T dekat area sini da nampak semua orang dari team #nex..runner yang sampai awal pon nampak gak kat atas tu..huhu...kat depan kitorang ade abg madey,abg asri,kak izan,chef ady,kak ita,kak nor,abg pian yang belom sampai puncak..yang lain tengah sibuk selfie kat puncak :( ehhhh fuad belakang kita la ......go go chaiyokk untuk fuad dan diri sendiri T_T rupenye kami antara yang terakhir :) kat belakang tinggal berapa orang je tu pon yang tua2 T_T hahahaha...ouchhh sakitnya tuh di sini...ade guide yang follow kami ke puncak...siap support lagi...ingat nak suruh patah balik sebab da lambat XD akhirnya selisih dengan mereka2 yang da sampai awal untuk turun ke laban rata.
Saya hampir menangis sebaik sahaja tiba di puncaknya. Pengalaman melihat matahari menyingsing di ufuk timur lalu menyinari permukaan gunung ternyata terlalu indah dan telah membuktikan kehebatan Penciptanya. Diatas itu juga semua pendaki boleh melihat puncak lain di sekitarnya seperti South Peak, St. John Peak, Ugly Sister Peak dan Oyayu Peak. kakroz juga sebak tengok donkey ears yang dah patah tu :( kesan gmpa bumi dan runtuhan jelas kelihatan.terdapat banyak batu batu kecil yang loose yang bahaya jika kita tersilap langkah. kakroz dapat ambil 3 shot gambar je kat puncak...:( biasa la perlu belajar berkongsi dengan orang lain.
Untuk pengetahuan semua bahawa dari 23 peserta #nex yang mendaki, 22 orang darinya telah berjaya sampai ke puncak manakala 1 orang lagi gagal iaitu doris atas faktor ams, lambat sampai di sayat-sayat, dan diharapkan tidak berputus asa dan terus mencuba lagi pada masa-masa akan datang.....berita ini pon kami dapat tahu dari guide yang jaga kami.
kakroz dan teera kejap je kat puncak tu.gambar pon ader 3 shot je.hahaha...sejuk giler...the view was spectacular,magnificient,unbelievable, dan hanya dapat dilahirkan dengan kalimah subhanallah,alhamdulillah,allahuakbar je :)
kakroz and teera terus turun balik.tinggal fuad,arif dengan yang lain je kat situ begambar puas2.amik view 360 dari puncak.yela...dorang ade kamera besauuu.. :P part descending ni memang kelemahan kakroz.dari dulu lagi kalo naik memana gunung atau bukit,part turun lagi lambat dan terseksa T_T pelik kan..entahlaaa...huhu....kali ni guide lain pulak jaga kami..last2 kakroz pon xleh nak catch up teera.teera jalan dulu.kakroz slow2 je sambil tengok puncak2 yang ade..nak amik gambar macam dalam youtube/blog orang lain pon xlarat dah :) xlama tu jumpa balik kaknor,kak izan,abg asri,abg pian.jalan2 saing dorang kejap...ade guide nama sharul n lagi sorang lupe nama XD abg asri da ke depan. kitorang sibuk sembang dah kena sound...haahaha jeles la tu awek die lambat....pastu dorang berenti amik gambar kat KM8.0. kakroz terus je jalan dengan guide. kakroz nampak guide sharul tengah tarik teera pulak XD seee die laju kot..kejap je dah ke depan.haha...masa turun ni kita bole tengok balik macam mane laluan kita naik malam tadi.rase xpercaya kita lalu batu2 yang curam ni..:) xlama tu jumpa balik dengan teera,kaklara,abg madey n kak ell. kak lara lambat sebab amik gambar. abg madey n kak ell lambat sebab kak ell injured kat lutut...da abis laluan yang kena guna tali...selamat datang ke laluan tangga durjanaaaa :( memang fed up kat sini.rase nak berguling je...last2 tinggal kakroz berdua dengan teera :) kitorang start jumpe dengan climber yang tengah training untuk climbathon 16/10/16 ni. bile tanye pukul berapa start dari timpohon gate, rupenya tak sampai 2 jam dorang da bole sampai sini...giler weyyy..kaki kuda ke hapee...memula lelaki...sekali jumpe sumandak..lagilah nak tabik spring,,dah la cantik,muslimah pulak tu :) hahaha....masa ni kami xtaw lagi pasal berita yang ade climber jatuh dan meninggal tu....hmmmm..RIP for him.
akhirnya kakroz n teera sampai cafe laban rata dalam 1030am.nasib baik diorang belum kemas makanan.chef tanya ramai lagi ke geng yang kat atas sebab dorang nak kemas n suruh tapaukan untuk yang belom sampai.tapi xlama lepas tu dorang sampai.sempat la makan....masa ni baru jumpe doris..tanya what happen actually..btw dia da tolong kemaskan barang kua dari dorm..yela kalo lambat checkout kan kena denda RM100/jam. doris kata die macam kena ams, yela dari semalam da start tak sedap badan, lepas tu lain macam, orang semua sejuk,dia pulak rasa panas siap buka jacket. nasib baik doris jalan dengan guide.so sebab da sampai 5.15am pon doris belum sampai sayat-sayat so they decided untuk tak teruskan ke puncak dan patah balik je..so kayyy doris..next time repeat GKB ye :) masa makan ni jugak sempat kami say goodbye to hong kong couple,sam and joey. kami lambat gerak turun dari laban rata sebab kena packing balik barang dalam beg and bagi kat porter. dalam 1130am baru kakroz dan teera turun dari laban rata.baru teringat nak buat video untuk #fiqahnur and #eijaqueen hahhahaa...
okay da penat..haha...sambung kisah pendakian turun dari laban rata ke timpohon gate dalam entry seterusnya :)
jom cuci mata tengok gambar kami ye.....
THIS IS CAFE LABAN RATA <3
kakroz jeles...xbekesempatan nak begambar kat sini T_T
ni lah cafe laban rata...semua berkumpul kat sini.dari seluruh dunia :)
haaaa...ade pon muka sam, tourist dari hong kong yang cheeky n noty :)
nilah dorm penginapan kami...LEMAING HOSTEL..tapi ni bilik lelaki jela :P
pening kepale ell layan couple meletop kebaboom ni..asik nak melekat je...xbole pisah kejap..bilik sebelah je pon .:P ..hahahaaaa...ready untuk summit attack
cakkk...supper sebelum summit attack..hakak xde selera..nebessss
masa makan semeja..bile on trek langsung xjumpe deme ni..ni lah geng runner..bedesuppp sampai puncak :P
nampak lampu jeeee...haha...bole nampak pekan kundasang dari atas..siap terpikir apela kita buat ni...orang lain sume tengah sedap tidor kat uma XD
waktu kakroz sampai puncak 7.14am...consider late tapi alhamdulillah tak give up...sampai jugak puncak tertinggi di malaysia ni :)
alhamdulillah sisters berjaya tawan puncak...bukan selalu kita dapat buat benda rare dengan buddy :)
thanks sudi teman and follow iolls buat benda giler ni..semoga refresh otak and focus habiskan master ye babeyhh..muahh <3
puncak seringgit uollsss
ni yang kita panggil "dekat di mata, jauh di kaki"
terima kasih cikgu #wanharith sudi sponsor kasut ni...super comfy :)
nampak x telinga donkey yang dah patah tu?? sedih kan...:(
xtaw la ni puncak ape...cuma nak gitaw kat roz atas awan je :P
cubaan yang gagal :(
cubaan yang berjaya dari kak lara.....woooo,,,,terbaikkkk (gambar dari FB kaklara)
nilah laluan yang kami lalu dalam gelap...curam kannn..tapi seriously view ohsemmm
inilah rupa tangga durjanaaa tu...haha...3 hari kakroz jalan macam zombie :(
terseksa tak tengok gambar ni?? terseksa lagi lutut hakak dek :P
nilah sharul,malim yang kerja menarik orang je...hahaha laju bebeno die jalan...ni die tengah berenti rehat sambil tunggu cik siput jalan dulu ke depan :P siap cakap nak tidur dulu :P
kesan gempa bumi.batu putih besar tu bongkah besar yang jatuh dari atas.laluan lama ada kat situ.sebelum digantikan dengan TANGGA.
kualiti gambar bila zoom hancusss..tapi nak tunjuk kakroz nampak org naik puncak via ferata :)
sama-sama rendang tak berbuah :P
baru jumpe idola...haha lepas tu kena tinggal lagi :P
wajah wajah gembira mereka mereka yang sampai puncak awal :)
muka ade sinyum haaa abg sham..terbaik..yg paling awal sampai ni :)
nampak betapa hebatnya penangan dak2 ultra,runner, ct ni sampai puncak mase gelap lagi....malu teman :)
alhamdulillah,,ade gak gambar joey, couple sam yang dari hong kong tu dalam gambar ni...yang free hair baju maroon tu...comey kan...
ni je wakil gambar kumpulan #nex...yang lain ade yang da trun n belum naik..kak roz, teera, fuad la org yg belom naik tu...sikit je lagi nak sampai T_T
sakan posing kat puncak ye aizat....
gigih betul usung beg besar gajah tu naik puncak..terbaik guyssss
sekian dulu dari kakroz...sambung part dari laban rata ke timpohon gate kemudian ye....busy sikit...abah teman suruh teman buatkan laporan kewangan surau dulu...ade meeting esok.katenye.....annyeong :)
kakroz sado yang siput :)
No comments:
Post a Comment