Monday, October 31, 2016

pra-kinabalu : bukit saga,ampang



ASSALAMUALAIKUM....


apa kabar ibu2 bapak2 teman2...lagi ngapain dong?? haha mode indon sudah...

hows your deepavali holidays guys?? kakroz g makan lauk kenduri and mee udang banjir je kat kole selangor :)


entry kali ni pon pasal training pra-kinabalu kakroz lebih kurang sebulan sebelum ke kk. lokasi kali ini juga bukit :) Lokasi yang kami pilih dekat sahaja, iaitu Bukit Saga Ampang. Bukit Saga mempunyai ketinggian 410 meter dan terletak di antara Ampang dan Cheras. Bukit ini juga merupakan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Hulu Langat. Kami menuju ke sana menggunakan laluan MRR2. Boleh juga menggunakan laluan ke Hulu Langat. Untuk waze, sila taip Taman Saga Ampang dan anda akan dibawa melalui laluan Taman Saga (ada tiga laluan lain lagi untuk ke Bukit Saga). Ya, bukit tersebut terletak dalam kawasan taman perumahan. alkisahnye sebelum sampai kitorang sesat..siap da masuk hulu langat..jalan nak ke sungai congkak - pangsun..pastu nampak signboard ampang terus ikot je..at last sampai jugak ke destinasi...

trip kali ni meriah dengan orang lama dan baru...yang dah lama kenal, kakroz,dila,teera pastu yang baru kenal kak ika/aina(sepupu teera) n balqis . oh yeee..baru teringat, kakroz n dila baru balik dari ganu, sampai tbs subuh, terus shoot g uma teera n terus hiking...hahahhaha...gile tak...dengan tidor pon xseberapa dalam bas tu...


Untuk kenderaan, boleh parkirkan sahaja di sepanjang jalan berdekatan dengan Rumah Pangsa Saga. Kami memulakan pendakian pada pukul 9.30 pagi dan perlu berjalan melalui laluan yang dipenuhi dengan kontena lama dan traktor sebelum menuju ke trek A dan C.dengan sombongnya kami jaln melepasi group yg sedang warming up menuju ke atas...sekali ade anjing...haha stop kejap..pastu tepinga-pinga..sampai la kena tegur dgn brother group tu..nak gi mane dik? ke puncak la...ooohh tapi bukan ikot situ...situ nak pergi tokong cina...cisss...tula..lain kali tanye kalau tak taw :P lepas kena malu tu, kami pon ikot la group dorang..ramai team dorang ni.. Kami memilih trek C untuk mendaki manakala trek A untuk turun. Mengikut pembacaan rakan saya(fiqah nur,yang dah pergi dulu), trek A lebih pendek tetapi curam manakala trek C panjang tetapi santai.


again..kakroz is pandang rendah dengan bukit :( hamik kawww...start naik terus pacak..sebab da lama xexercise jantung bedegup kencang giler..napas pon da macam orang sesak napas...trek pacak nye...hahaha..dengan dila pon slow...orang baru laju ke depan :P hahahaaa pancit deknon...ktrg pon dengan sadisnye dipotong oleh semua...hahaha..tapi dalam grup besar tu ade yang pancit gak..kire saing dorang la..haha..dengan berbekal keazaman yang kental,akhirnya sampai jugak ke puncak..fuyyo puncak die..macam taman permainan outdoor..hahaha....ade disediakan hammock, kerusi utk berehat, pondok, buaian,air pon ade tapi xtaw air ape(paip/masak).


masa tengah lepak2 selfie2 brother group besar tu tanya,nak join tak gi air terjun...dengan excitednye tanpa mengetahui kebenarannya pon jawab nakkkkkkkk.....pastu follow la dorang...brother tu sangat berminat nak borak dengan dila :P hahahaha....memula memang excited,seronok sebab trek meurun.pastu mula turun naik,langkah balak,acah2 abseiling turun batu air terjun, tak sampai2 jugak..bunyik air terjun pon xde...bengang nau rasenye...tak lame tu baru jumpe cucu sungai tu pon cetek la hai...pastu baru ade dengar bunyik air...da selisih dengan group yang nak balik..die kate ade lg setengah jam sampai..whatttttt...apekahh..rase mental dah ni.air pon nk abis dah..pastu baru jumpe sungai yang jernih..xberapa besar tapi bole la nk celup2 kaki ke muka ke...kena turun sikit baru jumpe air terjun...


sampai je air terjun,brother tu suruh makan,kosongkan beg, ringankan beg,kurangkan beban..padahal ktrg bukan bawak mknan pon...sebab xplan nak gi air terjun...ktrg xmandi pon...celup2 tangan je...sejukk...lega la sikit hati yang bengang sebab jauh nak gi sini...brother tu n de gang excited bersiram bawah pancuran air terjun...siap simbah2 kita dengan air lagi :P da hilang penat, puas mandi kami pon bergerak pulang...mental lagi...time balik ni slow sebab balqis sakit...macam sakit dada...rupa-rupanya memang esok die ade appointment kat hospital sebab selalu sakit dada...nasib baik kami bergerak dalm group besar dengan ade brother n sister yang da expert n prepared dengan emergency kit/ubat....thanks brother sister...

sampai puncak balik...hauss...ade nampak bekas air n cawan..untuk minum kottt...tibai jela...huhu..turun kitorang lalu trek lain...cepat sampai tapi TANGGA ! kasihan lutut ku T_T ondeway turun ade lagi 1 tokong kat tepi bukit...bile abis trek turun, kite akan lalu kawasan kebun orang.ade pokok rambutan,pokok pisang...keluar je trek tu akan jumpe pakcik jual buah,air dan walking stick...tak memasal kakroz n teera beli sorang satu :) bertukar no fon dengan brother sebab nak tuntut gambar :P no dila jela..hahaha...pastu kami pon berpisah...sayup2 dengar azan zohor..perghhhh...sebab gi air terjun tu, rase macam 2 kali naik bukit saga :P


ondeway gi parking kereta,purse kakroz tercicir..nasib baik cepat perasan sebab nak cari touch n go..pastu patah balik dengan balqis sebab die kate macam ade perasan purse kat jalan..alhamdulillah jumpa balik...hati jantung limpa semua da kecut...:P thanks balqis :)


sekian je la ...balik ktrg makan kat sg besi...mee tarik..kaki kengkang..solat pon seksaa..ahahhaaa...lama jugak rehat lepak kat surau kat restoran tu :P

ni kakroz kopipasta dari blog #fiqahnur


Di bawah, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang berhasrat untuk mendaki bukit ini.

.1) Meski hanya berketinggian 410 meter, tetapi trek bukit ini tidak sama seperti Broga. Ia hanya landai di jalan masuk, seterusnya akan semakin tinggi dan tinggi.

.2) Kebanyakkan pendaki lain menggunakan “trekking pole” (tongkat mendaki) untuk menahan badan sendiri semasa mendaki.

3) "Trekking pole" ada dijual di jalan masuk oleh penjual nasi lemak. Harga RM 20 dan RM 25. Saya kurang pasti perbezaan trekking pole pada kedua-dua harga tersebut.

4) Terdapat 4 checkpoint yang perlu anda lalui sepanjang trek.

5) Landmark bagi checkpoint pertama ialah kuil cina. Pada masa ini, trek akan terbahagi kepada dua. Ke kiri adalah trek C manakala ke kanan trek A.

6) Di kedua-dua checkpoint 2 dan 3 terdapat pondok untuk berehat sebentar sebelum meneruskan pendakian.

7) Mengikut pengalaman pendaki lain, trek C dikatakan trek yang paling santai. Santai yang dimaksudkan di sini adalah, terdapat tangga yang dibina menggunakan akar kayu dan papan untuk memudahkan pendakian tidak seperti di trek A di mana pendaki perlu memanjat batu-batu menggunakan tali.

8) Tangga yang dibina di trek C pula BUKAN seperti tangga di rumah di mana jarak antaranya dekat. Bermula di checkpoint 2, ketinggian semakin mencanak.

9) Tiba di checkpoint 4, sekali lagi trek dibahagi kepada dua, iaitu ke kiri menuju ke air terjun dan ke kanan menuju ke puncak bukit. Jarak dari checkpoint 4 ke puncak bukit hanya mengambil masa kira-kira 5 minit.

10) Elakkan membawa beg yang berat kelak anda menyesal kemudian.

11) Di sepanjang pendakian, anda akan di sapa “hello!” dan “good morning!” oleh pendaki yang menuruni bukit.

12) Berhati-berhati kerana sesetengah pendaki turut sama membawa anjing mereka mendaki (baca:anak anjing).

13) Sila pakai kasut yang selesa.

14) Patuhi arahan yang ditetapkan

15) ada rezeki anda boleh nampak pemandangan kuala lumpur :)


sedikit gambar di bukit saga....


muka sebelum mula mendaki.laluan untuk starting point.jangan pelik kalau nampak ade bnyak backhoe :P


yeayyyy orang lama da sampai puncak.kakroz,dila,teera



air terjun yang excited sangat nak pergi tu..hmmm..haha


lantak kome la nak mandi..xsior teman :P



bergabung !!


di puncak saga...naik puncak kali kedua baru jumpa props ni :P


tudiaaaaa...ramai kawan baru :)


macam da kenal lama je gaya happy nye tu :)



ehemmm sape amik gambar dila ni? hahaha


trek yang kejam !!


kuala lumpur kat belakang tu xjelas...jerebu,mendung....kalo cerah tak jerebu bole nampak klcc,kl tower.



sekian!!

KERANA HIKING KITA RAMAI KAWAN,
KERANA HIKING KITA BANYAK PENGALAMAN.

kakroz kakak sado yang suka berjalan :)











Friday, October 28, 2016

pra-kinabalu : bukit batu putih,PD

assalamualaikum...

hai semua....apa khabar rakan2 seperjuangan dan "sticker" blog kakroz :P ?
harap semuanya sihat saja..maklum laaa cuti deepavali kan lamaaaaa...selamat menepuh jammed bertingkek tingkek la ye...hahahaha....best ni cootii lama kalo gi menggunung...tapi kakroz ade wedding sepupu dekat sekinchan :) kire nanti wat sesi jjcm kat belah kuala selangor-tg karang-sekincan la..hahaha..mak da cakap awal2 nak pekena mee udang..perghhh mabelessss....

ok back to the title di atas,,,ni kire throwback la sebelum kakroz ke kinabalu...sesi training asah lutut..katenye...tapi berani main bukit2 jelaaaa..hahaha...sementelah tengah viral sekarang bukit2 kat area kl ni :P kat bawah ni ade details untuk ke bukit batu putih beserta review dari my buddy aka my driver aka my sweet planner n writer yang selalu published artikel dekat the vocket uolsss....#fiqahnur ni kakroz kopipasta dari blog die :P

1. Bukit Batu Putih yang terkenal dengan keindahan permandangan dari puncak batu putihnya ini terletak dalam kawasan Hutan Lipur Tanjung Tuan. 
.

2. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam dari Serdang untuk menuju ke lokasi. Gunakan lebuh raya Plus. Ambil exit Port Dickson. 
.

3. Untuk waze, gunakan 'Hutan Lipur Tanjung Tuan atau Cape Rachado.
.

4. Tidak perlu risau jika tidak mempunyai guider kerana treknya yang jelas juga ramai pengunjung lain turut berkunjung sama (boleh ikut saja mereka). 
.

5. Masa diambil untuk tiba ke puncak lebih kurang 30 minit. 
.

6. Jika inginkan lebih mencabar, mulakan pendakian dengan menyusuri laluan pantai seterusnya mendaki ke puncak bukit.
.

7. Puncak bukit ini tidak seluas Broga. Maka, jika tidak ingin gambar anda di 'photobomb' oleh orang lain, elakkan berkunjung pada waktu cuti serta pilih waktu yang sesuai.
.

8. Permandangan matahari terbit dan terbenam yang cantik di puncak.
.

9. Selain bergambar di puncak, terdapat tarikan lain seperti rumah api. Namun, memerlukan stamina kerana anda akan mendaki sejumlah anak tangga untuk tiba di sana.
.

10. Sila pakai pakaian dan kasut yang selesa.
.

11. Usai turun, bolehlah menikmati ais krim yang dijual di bawah (bukan percuma ya)-yang ni kasem belanje-kena paksa belanje :P


alkisahye trip ni sempena nak celebrate hari malaysia...tapi xbawa bendera malaysia :P...hahaha...yang pergi, kakroz,teera,fiqahnur,kak izreen,kasem n waka...macam xcaya waka join kan? hahahahha...well bila kau daki dengan orang yang dah penah naik rabong,ko akan otomatik jadi annoying giler bila die kat belakang ko...hahahahaha...slow2 brothaaa....naseb kasem macam biase sweeper yang cool je..hhaaha..

again,trek ni xsusah mana, bebudak tentera tu rilek je jogging naik turun bukit tu...:P ko nak naik pakai jeans,baju kurung pon bolehhh...masuk bayar singgit..standard la masuk hutan rekreasi kat malaysia ni..trekmemula mencanak laluan tar je pon..tapi iollss is mengah..hahaha....konon bajet..ape barang jalan tar..sekali hamik kaww...akak is rindu trek tanah...:P  haha tak lama tu baru masuk trek hutan nak ke puncak bkit batu putih.landmark,ade tong sampah hitam belah kiri, rumah api depan ko, belah kanan ko ade lorong kecil masuk hutan.yang tulahhh trek nak ke puncak ye deknon....

sampai puncak kena panjat batu sikit...again...masalah ketinggian buat hakak lambat ...hahaha...yang penting iollss tetap sampai hokeyyy....the view was wowsome!!!!! we olss turun ikot trek ke pantai...best..ada tali.ade akar kayu...xde la bosan sangat..muahahahaha  belagakk seyyy...the best part is ade buaian,,,huaaaa..fefeeling pwincess sangat :P but still kua trek dari pantai tu tembus balik laluan tar dan keluar semula di pintu pagar hutan rekreasi tanjung tuan....the end...hahahaha,...

baru buang lemak,kita tambah balik lemak dekat KFC batu 4 :P  dah kenyang tidur la...arini kakroz n fiqahnur jadi mem besar dekat belakang...taw2 je da sampai depan bangi wonderland (kot namanyeee..lupe) yang taman tema air tu..besauuu..tapi macam xramai orang lagi...pastu hantar uma dorang pastu ktrg pon balik...tera n izreen awal2 lagi da balik melaka lepas kua kfc .... next kami ke bukit ape pulak??? stay tune....

ni ade gambar sikit :P




rombongan cikkakroz ke puncak bukit batu putih :P


yeayyy da sampai puncak :)



sisters not by bloods but by hearts <3



the boys : waka dan kasem



tula puncak yang kite naik tadi :)



ehhh berebut buaian pulak :P


turun dari puncak...


wowsome guys !!


props tinggi sangat T_T


  
bayangkan macam mane hakak naik n turun batu ni :P

view dari atas puncak :)


awak "sticker" kite eh??


yeayy kasem melanje eskem :P



THE END.
STAY TUNE YAAA FOR THE OTHER ADVANTURE BY KAKROZ :)


Sekian,

kakroz kakak sado yang kiut 

















Monday, October 24, 2016

bukit batu chondong,kemensah

assalamualaikum...

sorry la lama tak update blog. kakroz busy sikit...biasa lah hujung tahun ni nak kena buat mesyuarat agung..walaupun kakroz cuma p.a abah je..haha penat taw buat report..banyak cekadak pulak tu..well banyak kepala yang nak bagi pendapat sendiri :P ringkas sangat la, tebal sangat la, macam2 hal la...sabo jela...

entry kali ni kakroz nak share pasal trip mendaki bukit batu chondong minggu lepas..kebetulan trip ni sama dengan care,kelab kembara buat dekat hutan lipur lentang, da dekat sangat dengan kemensah tapi tula..tak dapat singgah..driver aka fiqah nur ade kelas tuisyen..btw alhamdulillah care pon dan habis dengan jayanya :)

kakroz gerak dari rumah dalam pukul 7 pagi..line clear pagi sabtu...sampai skve baru kakroz teringat pesta konvo upm da start..so upm mesti jammed terukss...so kakroz exit ikut depan terus ke rumah fiqah nur and teera...berderau darah kakroz nampak ade excident depan simpang mardi..pakcik naik moto pakai safety vest terbaring berlumuran darah..hmm..shaking tangan kite..semoga pakcik baik2 saja...

sampai rumah dorang, kami terus bergerak ke kemensah.ikot je signboard nak g zoo negara...trip kali ni kami berlima.kakroz,teera,fiqah nur,kak izreen dan kak himmah. dengan kuasa wanita akan menghukummu !! hahhahha.. ikut je signboard zoo negara kalo dari upm, die akan suruh u-turn pastu ikut laluan masuk ke zoo negara masuk lorong ke pintu belakang zoo negara..okay signage lepas ni kita kena cari ATV Malaysia kemensah pulak....all the way nak gi sini view die sangat ohsem..suasana kampung siap dengan air sungai yang sangat damai dan sejuk...tapi air sungai pon da cetek...yang bestnye..kakroz baru je tengok fb pasal air terjun area selangor,pastu ade la taw sikit nama2 nye..tak sangka pulak tempat ni rupenye...air terjun sofea jane..tapi xpergi pon...kene tracking dalam 30min baru smpai situ..according to the pakcik jaga parking atv la...

ok sampai....melalui pembacaan di blog, kakroz dapat taw bukit ni dalam +- 200m je...maka dengan belagaknye kakroz pon tak bawa la walking stick...well dorang kate tak sampai setengah jam da sampai puncak..grrr...padah menanti di hadapan..hmm..haaha..area nak hiking tu parking susah,jaan pon sempit..banyak kali jugak la cubaan utk parking..sampai abg jaga parking pon datang..pastu kena bayar sorang rm1...kak himmah tanya,kenapa kena bayar ye? abg tu kate,nanti die tolong jaga..sementelah keje die meronda je naik motor...bole la bole la...kami stretching lebih kurang pastu start naik...awal2 lagi da menaik bukit..haha..die punye trek lalu kebun orang..haha..baru lepas ujan..trek basah,melekat dengan tanah merah...pastu sampai area pokok buluh..ready la dengan serangan nyamuk..nasib kami awal2 da gosok insect repellent..tapi degil nyamuk2 hutan ni :P

memandangkan sebelum pergi kakroz takde training ape2,kakroz rase lemau nau nau...padah belagak tak bawak stick,kakroz guna je ranting kayu yang patah..haha...jangan pandang rendah dengan bukit..since trek ni macam baru lagi,signboard pon kurang jelas lagi..tapi serius trek die senang sampai la sampai part batu...part batu ni memang kena depends on tali...batu sempit,tinggi,tajam..

taraaa...da sampai puncak..ade 3 puncak kat sini,puncak batu,puncak beirut, dan puncak ranting kayu..hahaha..kakroz yang bagi nama sendiri ye...puncak batu memula tu senang je..lebih kurang macam dekat puncak bukit batu putih,pd. nak ke puncak beirut masyaalah azabnye...takut uollss....kena ala2 rock climbing gitu...i is pressure since rendah..mane kaki iolss sampai nak jejak kat loop tali yang disediakn tu...hua...soo iolls tepaksa menggunakan kekuatan upper body part,tangan,bahu untuk climb sampai kaki iolss dapat jejak tempat yang selamat..da sampai gigil satu badan ..hahaha...dari view beirut ni kita bole nampak klcc n kl tower...pastu kakroz n teera tak rajin dah nak naik puncak ranting kayu..mampu lambai je...hahaha..

kat puncak tu sempat la berkenalan dan beselfie dengan hikers lain..dorang dari ukm...hadik-hadik...ingat dapat la cari jodoh kat puncak :P  nak turun pulak..lagi satu masalah..mcam mane ko datang,macam tulah ko turun ye...seram nye lahai..da la xde geng yang sado bole tolong hakak2 ni..haha..kakroz turun dulu...perghh rase nak tercabut jantung masa kaki terslip tak jejak batu..memang bergantung kat tali je..nasib hakak tak gelabah ayam deknon..huhu...pastu slow2 cari tapak...ok turun pelan2...yang lain pon start turun..alhamdulillah semua selamat sampai bawah kecuali botol air teera yang cedera sebab beg campak dari ats..huhu...

ok turun balik ke pangkal jalan...xde la laju sangat..biase2 je...bahaya kalo xtaw/xingat trek nak balik bole sesat dalam hutan buluh tu..haha...simpang nak kua hutan tu tak jelas sangat..nasib adik2 tu panggil cakap salh jalan..kite syok menonong je..haha...ok tamat....sampai ke kereta balik..ingat nk g sungai tapi sungai pon cetek..xpayah la....hahhaha...balik tu singgah midvalley dengan comot2 tu...haha..teera n kak izreen nak tukar duit..depa nak pi melbourne...iwan nak konvo dah...cepat masa berlalu wey..kira trip ni pon pre-convo untuk kak himmah tapi die xnak bawa jubah je..hhaahaa..happy graduating n selamat bekerja kak himmah...

kat bawah ni gambar kami...selamat mencuci mata guysss....


sebelum mendaki.masih cun :)


dari belakang.adik teera,teera,kakak teera.hahahahaha


kat puncak bole nampak perumahan ni.bole dengar bunyik atv


puncak 1.puncak batu.



beirut dari pandangan bawah



part batu yang kena ala2 rock climbing nak g puncak beirut


kat puncak beirut





view puncak beirut dari bawah


kakroz berjaya :)


dengan kuasa wanita!! akan menghukummu !!!



view kat puncak ranting kayu..kakroz n teera tak pi sini :P


laluan naik dan turun bukit..tepi jalan je..lalu kebun orang



muka selepas mendaki :P



sekian,

kakroz kakak sado yang comel :)

























Friday, October 14, 2016

MISI TAWAN GUNUNG KINABALU 29/9/16 - 2/10/16 PART 5

ASSALAMUALAIKUM....

Mungkinkah ini entry terakhir dari kakroz mengenai misi tawan kinabalu???

PENDAKIAN TURUN DARI LABAN RATA KE TIMPOHON GATE 
1 OKTOBER 2016







lepas je kakroz ngan teera amik video untuk #eijaqueen dan #fiqahnur kat padang area laban rata, kitorang pon turun ke timpohon gate. kami antara yang terakhir sebab lambat packing bag untuk di bagi ke porter. maklumla malam summit attack tu kosongkan beg untuk bawa air je ke puncak :P penat turun dari puncak pon tak hilang lagi...da kena turun ke timpohon gate...kat belakang kami ade abg madey, kaknor, fuad, abg pian dengan malim gunung dan porter iollss...kire macam dorang ni reunion la..amik gambar sesama kat signboard laban rata selepas 6 tahun yang lalu menggunung sesama...kott (sis teka je)??? ntah la...tapi serius semua otai gunung ni...

tak banyak kisah menarik untuk entry kali ni sebab kakroz serius xde mood...hahahaha....rasa nak marahhh je..tapi tulaaaa nak marah sape...salah sendiri...awok yang sibuk nak naik gunung kan...haaa..pandai-pandai la turun sendiri T_T yang mungkin ada dalam entry kali ni cuma teera, kak izan, fuad, kak nor, abg asri, abg pian, abg madey, kak ell, doris n kak ita je...yang lain semua da turun awal dan sampai awal....

basically, untuk yang tak tahu, trek naik dan turun dari TG-LR-LP-LR-TG adalah trek yang sama.oleh itu, kita akan jumpa balik 7 pondok masa nak naik semalam. macam yang kakroz cakap di entry yang lepas, kakroz memang super siput kalo turun, lagi lagilah turun tangga....lutut tak boleh nak bengkok dah rasenye :P  pelan-pelan turun berdua dengan teera...xbanyak sembang pon..ni yang dikatakan jalan jalan sepak daun :P sebab xlarat angkat kaki..seret kaki..tu yang sepak daun T_T hahaha...disebabkan kurang minum air ditambah lagi dengan overdose sugar, kakroz mula sakit tekak, batuk dan suara lain macam. its normal for me..tu makan dia kalo hiking pastu makan gula-gula padahal sugarfree kot gula-gula tu..hmmmm....coklat yang beli kat kk pon tak terusik..kalo makan gak coklat tu mau xde suara terus kot...huhu...

 sampai pondok memula dari atas jumpe kak izan n abg asri...perghhh siap baring kak izan atas kerusi..haha comel je...jumpe cacing gilerrrrrr punya panjang..ingat anak ular..takot kita..according to porter yang ade area situ dia kata mungkin umur cacing tu sama macam kinabalu.....huwaaaaaaaa...giler..sebab malas nak berenti and kejar masa dari kena bayar OT kakroz and teera terus je...xsinggah memana pondok...jalan lagi pelan2..turun tangga macam ketam...turun lagi lagi lagi dan lagiiii sampai jumpa dengan doris and kak ell. doris bertenaga pulak hari ni...dia kasi positive vibe kat semua orang..support mental..hehehe...so sweet of u doris...kak ell slow sebab die injured..die pon xdapat nak jadi sweeper hari ni...bahaya..nanti mental lagi down..huhu..sweeper hari ni ialah abg pian..hahahaha..die yang jaga orang belakang...terbaik beroooo...

lepas tu berenti sekejap dekat layang-layang...hari nak ujan..dah ujan..pakai raincoat...minum air, ade yang makan ubat, makan lunch, eh porter kita xde lagi..hmmm air da nak abis ni...refill air gunung tapi tak dirawat la...tapi kak izan kate xbole minum..sebab guide kate xbole minum masa die tanya semalam...ok sambung mental..hehehe...kat sini jumpe dengan semua balik..pastu kakroz dengan teera gerak dulu since dorang dengan kacang goreng je bole pintas kitorang...ade jumpe dengan pendaki yang baru naik untuk hari ini...tapi macam xramai...dan awal..dalam pukul 2 dorang da sampai KM5.0...tak ke laju tu..salute la..ade gak budak darjah 2 yang naik...fuyooo.. untunglahhhhh...haha...lepas tu kaknor start injured...nasib ade berooo pian...

lepastu abg madey berlari berkejaran ke bawah dengan guide sharul....ohh rupenye nak cepat gi kinabalu park untuk settle kan hal sijil... tinggal lah kami yang siput sedut dan injured ni di belakang...untuk mengelakkan masa tiba di TG lambat sangat..kakroz dan teera tidak stay dengan group injured..bukan ape..tak nak tambah beban dekat sweeper..kang dengan sweeper sekali mental layan kitorang..sorry kaknor sorry fuad meninggalkanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini.....pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati....:)

lagi 2km sebelum sampai TG kami dah mula berjalan bersama. kakroz,teera,doris,kak ell,kak izan dan abg asri. doris yang paling bertenaga bersemangat positif, siap menyanyi...:) abg asri pon semangat sebab eksaited nak dapat sijil berwarna ade tupai :)  sekarang ni cume berharap nampak Carson falls je...sebab dekat dengan tangga kejayaan...pintu keluar dari trek tangga durjana niii :P mungkin lepas ni kena banyakkan training menurun dari menaik :P finally sampai jugak kami kat timpohon gate...kak ita siap lambai dari tingkat atas..amboi bertenaganya...dia kata sempat juga tidur kat atas :( untunglaaa fit,laju,lari turun bawah :P

sampai2 saje kami kena tunjuk name tag kat kanter, rekod supaya taw kami da selamat sampai bawah. kakroz dan teera terus ke toilet. pastu kami bergerak ke kinabalu park semula..nak naik van pon seksa deknon :P  nak turun lagilahhhhh...suster ngesot teman dibuatnye....sampai je kinabalu park, kakroz n teera terus ke surau untuk menunaikan solat...jumpe balik dengan geng ultra,runner dalam surau..dorang da siap mandi salin baju...huwaaaa....ehh lupe..kami sampai timpohon gate dalam pukul 5.30pm....selesai solat,uruskan beg yang disimpan di SSL, kak illy yang settle kan sebab orng yang sign yang kena amik sendiri.sebab teera kongsi dengan fuad,die kena tunggu fuad la...

fuad,kaknor dan abg pian sampai timpohon gate dalam pukul 6.30pm...pastu kami berkumpul semula di kinabalu park sebelum berangkat ke hostel di KK. Beg kakroz pon baru tiba dengan porter. ketua porter (kottt yang tua kurus,anthony mungkin) kira jumlah berapa yang perlu dibayar untuk orang yang lewat tiba.alhamdulillah kami yang tiba 5.30pm tak perlu bayar..cume kaknor,fuad dan abg pian yang perlu bayar sementelah mereka berjalan bersama guide mungkin.sebab kami tidak ade guide yang jaga. ..mungkin cara kira OT mereka macam ni..kakroz pon lupe...jumlah jam lewat X 15 X jumlah guider / jumlah peserta yang lewat...contoh....2jam30min X RM15 X 4 guider / 3 orang lewat...same dengan 148/3=RM49.30.... SO sorang kena bayar RM49.30 macam tu lah lebih kurang ye....

setelah semua selesai,kami bergerak ke kk dengan menaiki 2 buah van...kami tak mandi,mahupun tukar baju..kami jelaaa..yang sampai awal xtaw la...huhu...sebelum tiba di hostel,kami berenti di restoran tomyam untuk dinner sebab semua lapar...kalo sampai hostel pastu kua balik tak sanggup dah rasenye nak kua...hahaha...van driver tu bawak macam hape tahhhh...seram kite..asik pejam mate je takot belanggor...nak tidur pon xberani..huhu...teera yang tertidur, kepala bepusing 360 darjah..hahhaaha...kejap landing orang sini kejap orang sana..kakroz plak batuk makin menjadi-jadi..hmmm...nasib da beli air mineral btol besar kat kk park..rm4 jerrr :P

peristiwa di restoran?? hmmm tak taw nak cakap la...nak gelak ade nak marah pon ader...hahahaha...mungkin miscommunication...haha...biasalah org semenanjung dengan sabah..kan lain budaya,dialek,bahasa...jangan terkejut kalo ko oder ais/air kosong ko dapat ais je :P hahaha betul2 kosong :) mungkin juga faktor kita penat tapi dorang serve lambat tu pon hangin jugak..dengan salah bagi tak ikut order,dengan kurang sedap,dengan lambat sampai...mungkin die pon tekejut plus nebes plus takut nak serve kami yang ramai2 tu kot..order pon macam2 jenis..sampai sis punye limau ais paling last sampai lepas 5 kali tanye :) sabor jela....masa nak bayar pulak,,,amboi..kemain mahal lagi harge ko ye...kakroz bedua dengan teera RM38 :p

Lepas makan,kami teruskan perjalanan ke refarer hostel...tempat kami bermalam sebelum pulang...masyaallah tangga lagi..huwaaaa...kakroz tak kira..kakroz berlenggang je naik bilik..kakroz suruh beroo beroo hostel tu yang hangkut beg2 kakroz..kakroz,teera,fiqah n kak lara satu bilik..tingkat 3 uollss..memang menduga lutut betol...huhu..tapi bilik cute..katil style double decker....bilik kitorang sebelah bilik pengantin baru yang honeymoon, kak izan dan abg asri :P  dan sebelah kiri, geng runner + kak illy. hahaha...kesian kaklara n fiqah layan perangai giler kitorang..haha stress diorang...wellll bila datin wannabe dengan sisters dia g backpack,jangan terkejut la tgk barang dalam beg..hahaha..dengan baju cantik untuk jalan lagi :P geleng pale jela dorang tgk kitorang :P satu beg pastik hitam baju g hantar dobi kat bawah...haha nasib ade bero joe san tolong bawa turun..kalo tak kakroz nak campak je kebawah...haha...apalagi tidur laaaaa...

pagi2 lepas solat subuh, semangat pengantin baru wassap nak ajak g carik sarapan..amboi bertenaga ye..kakroz malasss nk kua..nak qada' tidur je rasanye..lepastu turun jugak g mkn nasi lemak yang di sediakan dgn teh ape tah..xminum pon...pastu sesi serah sijil :) tu yang abg asri tunggu dari semalam..hahaha...ntah2 da temimpi mimpi dapat sijil kot :P kita dapat sijil kaler uolls..selama ni mind set cakap..xpe kakroz..dapat yang hitam putih pon da ok..janji ko berjaya dengan selamat sampai laban rata :P alhamdulillah berjaya sampai ke puncak akhirnya..sis masih tak percaya :)

selesai makan, ade yang berjalan ke gaya street,pasar filipine, shopping, kakroz n teera tak gi memana nak settle kan baju yang baru dobi je...total dobi rm32..hamik kau...hahaha...kami perlu check out pukul 11 pagi...ade yang terus bawak beg turun tinggal kat lobby sebelum kua jalan2...kami dah mula berpisah dan bersalaman memandangkan tak taw bila lagi dapat berjumpa....kaklara siap awal turun dulu..pastu fiqah...kami yang last check out....pastu kami tinggal beg kat kaunter dalam memandangkan kami nak ambik balik waktu malam..sebab yang lain semua flight siang..kami flight awal pagi esoknye....lepas tu kami berjalan ke pasar filipine dengan langkah zombie...hahaha..

sekian saja kisah tawan gunung kinabalu 29/9/16-2/1-/16...selebihnya kisah jalan2 kakroz dan teera di kk, food hunting, island hopping dan kesesatan :P mungkin di entry yang akan datang :P

tak pasti ade ke gambar untuk entry kali ni...sis cuba cari :P



tangga kejayaan yang dinanti-nanti sebelum lepasi timpohon gate :)


saat-saat terakhir di kk park..rezeki tengok kinabalu disirami cahaya matahari menyinsing...



sarapan pagi di refarer hostel


pemberian sijil dari kak ell ke beroo areph


pemberian sijil dari kak ell ke fiqah hasim hakak sado pikul beg 12kg :P



pemberian sijil dari kak ell ke kak illy yang sempoi, geng chef ady yang maintain tapi bedesupppp


pemberian sijil dari kak ell ke my buddy,teera 


yeayyyy kakroz pon dapat sijil kaler :)


pemberian sijil dari kak ell ke kaknor yang cun melecun :)


pemberian sijil dari kak ell ke kak  izan, couple meletop kebaboom abg asri :P


pemberian sijil dari kak ell ke kaklara

SEKIAN KISAH TAWAN AKINABALU DARI KAKROZ...

NANTIKAN KISAH JALAN2 KAKROZ DAN TEERA AREA KK, ISLAND HOPPING, FOOD HUNTING, UNCLE JOHN DAN AIRPORT 

<3



Sekian

kakroz hakak sado yang berjaya tawan akinabalu :)