Thursday, November 24, 2016

Program Pendidikan Biodiversiti Tasik Temenggor Pulau Banding,Perak 12-15 NOVEMBER 2012, INFO BELUM

ASSALAMUALAIKUM…

PART 1 - INFO & SEJARAH BELUM

Sebelum kakroz nak mulakan cerita mengenai pengembaraan kami ke Pulau Banding, kakroz nak share sedikit info mengenai tempat ini.

GERIK: Panorama indah Tasik Temenggor pasti membuatkan sesiapa sahaja yang melalui Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik dan Jeli di Kelantan akan mengalih pandangan ke arahnya. Kakroz pon sama masa dari kelantan nak balik semula ke shah alam,tapi start banjir belah pantai timur, so balik ikot perak.

Terbentang dengan permukaan air meliputi 15,200 hektar, tasik buatan terbesar di Perak ini, yang berlatar belakangkan Kompleks Hutan Belum-Temengor, sememangnya mendamaikan dengan suasana nyaman dan udara segar.

Berdasarkan sejarah, tasik yang mengelilingi sekitar hutan Belum dan Temengor pada awalnya adalah perkampungan orang Melayu dan Orang Asli.

Biarpun begitu, mungkin tidak ramai menyedari tasik yang diwujudkan untuk projek Empangan Temengor pada tahun 70-an ini, menyimpan khazanah alam amat berharga buat negara.


Info Royal Belum

- Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak dan diisytihar semula sebagai `The Royal Belum' oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 31 Julai 2003.

- Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi tujuh perkampungan kecil.

- Royal Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum dan Hutan Simpan Belum. Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala untuk ke Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.

- Hutan Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun adalah hutan tertua di dunia, lebih tua dari hutan Amazon.

- Menjadi kawasan tadahan hujan utama di Semenanjung Malaysia.

- Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temenggor (147,505 hektar).

- Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

- Terdapat lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di sini.

Sejarah

Dicatatkan, Hutan Belum satu ketika dulu pernah menjadi lokasi panas pertempuran pengganas komunis dengan tentera, terutama selepas Jepun menyerah kalah. Malah, difahamkan, Hutan Belum juga pernah menjadi laluan masuk tentera Jepun dari Thailand ketika Perang Dunia Kedua.

Sejak tahun 1948 hingga tahun 1989, Hutan Belum dilabelkan sebagai kawasan hitam berikutan aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM). Malah, pengganas komunis menjadikan hutan tebal itu sebagai tempat persembunyian mereka.

Perkara itu disahkan penduduk asal Kampung Belum Lama, Mohamad Awang Kechik (Pakteh), 88, yang menceritakan bagaimana komunis menguasai hampir segenap hutan seluas 300,000 hektar itu, malah ada yang tinggal dalam kampung yang sama.

"Memang komunis sangat ramai ketika itu, tapi tak kacau orang kampung. Malah, mereka berbaik dengan orang Belum Lama kerana orang di kampung kami pun bukan calang-calang. Sejarah menceritakan ramai orang berhijrah ke sini dari Thailand.

"Ada seorang dipanggil Syed yang sangat kuat dan jahat dari Thailand. Dia lari ke Belum Lama dan tinggal agak lama sebelum buat onar dengan mengganggu anak dara kampung ini. Tidak lama selepas itu, dia mati di tangan orang Belum Lama," katanya.

Malah, menurut Ketua Kampung Belum Baru, Mat Narun Mohamad, Pakteh sendiri antara empat orang yang amat ditakuti komunis ketika itu. Sering komunis berkunjung ke Belum Lama untuk berjumpa Pakteh kerana rasa hormat terhadapnya.

Bagaimanapun, pada tahun 1949, British mengarahkan warga Belum Lama berpindah dan mengosongkan hutan itu bagi melancarkan gerakan menghapuskan komunis.

Ditanya kenapa banyak kubu dibina di Pulau Banding, Pengurus Rekreasi Belum Rainforest Resort, Mohd Danial Mohd Amin, berkata ia bagi menghalang kemaraan komunis dari hutan.

"Komunis juga membina banyak laluan bawah tanah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Malah, laluan bawah tanah juga dikatakan menghubungkan dengan Thailand. Kerana itulah Empangan Temenggor dibina. Selain menjadi penjana hidroeletrik, ia juga untuk menenggelamkan laluan bawah tanah komunis.

Ramai tentera kita terkorban dalam pertempuran dan serangan hendap komunis sebelum empangan itu dibina termasuk helikopter Nuri yang ditembak jatuh ketika sedang menghantar anggota tentera dan bekalan makanan ke kawasan operasi menyebabkan 11 orang terbunuh termasuk juruterbangnya pada 27 April 1976.

kisah kami

Pengarah program untuk event kali ni ialah sairul. Dan ini jugak satu-satunya event yang pengetua join yang betul betul join, bukan sekadar datang untuk merasmikan/menutup majlis, sepanjang hakak dok kolej. Program ini mendapat kelulusan bhep sementelah mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas untuk ke pulau banding. Kami mendapat bantuan pengangkutan dan duit. Program ini juga mendapat kerjasama dengan Jabatan Perhilitan Negeri PERAK.

STAY TUNE!!!

MOH LAYAN GAMBO DULU....



empangan temenggor.empangan janakuasa hidroelektrik.


pemandangan tasik dari pulau banding


woot woot....


kita akan lalu jambatan ni...teruja tau tau tauu


beautiful view :)


stay tune untuk part 2 :)

kakroz kakak sado yang kuat burn :(







No comments:

Post a Comment