assalamualaikum..salam jumaat...
semalam mak dengan abah takde..balik pulau carey...soo dengan happy nye kakroz guna dapur sebab teringin nak makan kuih onde-onde...wuhuuu...tanya pakcik google..ehhh senang kacang je nak buat rupenye..hahaha...
Kuih onde-onde atau kuih buah melaka ini adalah kuih tradisional yang telah ada sejak turun temurun. Selain dari popular pada bulan ramadan, kuih ini juga sangat sesuai untuk juadah minum petang. Di Indonesia kuih ini dipanggil klepon manakala di Brunei pula ianya dikenali sebagai kuih pancit. Kuih ini tradisinya bewarna hijau namun ada juga yang memodenkannya dengan membuatnya berwarna warni. Namun apapun cara pembuatan atau warnanya, ianya tetap lazat dan sedap jika dibuat dengan cara dan sukatan yang betul.
Tak banyak bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini dan cara membuatnya pun mudah.
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram tepung pulut
4 helai daun pandan, potong kecil*
1 /2 cawan air*(*kisar dan tapis jusnya)
1 cawan air (lebih kurang)
Gula melaka diracik halus/kasar, secukupnya
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Didihkan air dalam periuk, masukkan sehelai daun pandan, jika suka. Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan. Buat lubang ditengah2 tepung dan tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan. Ketepikan.
- Gaul kelapa parut putih dengan sedikit garam atau secukup rasa (untuk mendapat rasa lemak kelapa). Alihkan kelapa parut tadi ke dalam loyang dan ratakan. Tujuan untuk memudahkan anda menggolekkan onde2 nanti. Ketepikan.
- UNTUK ONDE-ONDE :- Ambil sedikit adunan doh (anggaran 1/2 camca besar), leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat2kan seperti guli. Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 - 15 biji sekali rebus.
- Bila onde2 timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, cedok keluar , toskan airnya (gunakan sudip berlubang) dan taruk dalam loyang berisi kelapa parut tadi. Golek2kan agar onde2 bersalut dengan kelapa. Alihkan ke dalam pinggan bersih. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 hingga siap. Biar sejuk dan boleh dihidangkan.
taraaaaa
selamat menjamu selera
kakroz kakak sado kuat makan :P
No comments:
Post a Comment