Thursday, June 8, 2017

GUNUNG DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai pelbagai gunung dengan ketinggian dan cabaran yang berbeza antara satu sama lain. bagi pendaki-pendaki gunung, istilah G7 dan G12 sangat popular dalam kalangan mereka sebagai mengkelaskan gunung-gunung yang ada di malaysia.

jadi apakah maksudnya G7 dan G12 itu?

G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki yang terletak di semenanjung malaysia. gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 sahaja di semenanjung malaysia, oleh kerana itu, kategori gunung ini dipanggil G7 sempena angka 7 yang diambil dari ketinggiannya dan bilangannya.

di bawah merupakan senarai G7:

  1. GUNUNG TAHAN (7,186 KAKI) checked! want to repeat
  2. GUNUNG KORBU (7,162 KAKI)
  3. GUNUNG YONG BELAR (7,156 KAKI) checked! sumpah taknak repeat
  4. GUNUNG GAYONG (7,129 KAKI)
  5. GUNUNG CHAMAH (7,119 KAKI)
  6. GUNUNG YONG YAP (7,110 KAKI)
  7. GUNUNG ULU SEPAT (7,089 KAKI) 



manakala G12 pula merupakan gabungan G7 dan 5 lagi gunung yang tinggi di Sabah dan Sarawak iaitu :

Gunung Kinabalu (13,455 kaki) checked! jom repeat
Gunung Trusmadi (8,669 kaki)
Gunung Tambuyukon (8,462 kaki)
Gunung Murut (7,946 kaki)
Gunung Mulu (7,795 kaki)


kebiasaannya, para pendaki dari semenanjung akan grad G7 dahulu sebelum menawan puncak Kinabalu. kononnya sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum mendaki gunung kinabalu. tapi hakikatnya, gunung kinabau lebih mudah ditawan berbanding dengan G7. Pasaipa cek kata lagu tu?? walaupun ketinggian gunung kinabalu melebihi ketinggian gunung-gunung G7 TAPI trek gunung kinabalu lebih mudah, user friendly. pendaki tidak perlu membawa beban ration dan juga khemah sebagai shelter. segala kemudahan sudah disediakan di Laban Rata. tempat tinggal ala dorm @ resort sudah tersedia, makanan mewah yang amat, tandas yang selesa. G7? Sumpah xdo yang selesa..tandas pon kena korek lubang, restoran? jangan mimpi..tunggu guide bukak dapur haram baru rasa air panas..guide baik dapat rasa maggi..semuanya kena pikul sendiri dari bawah.

sebenarnya, kakroz tak pernah plan pon untuk terus mendaki selepas gunung kinabalu. tapi atas pujuk rayu geng kinabalu ajak G7 atau lebih tepat GUNUNG TAHAN, sis pon dengan yakinnya setuju. since dah kenal masing2 dan boleh sambung ukhwah on trek kat gunung seterusnya. dan semestinya dengan persetujuan my partner in crime la...teera :) kalo dia xjoin sis pon xjoin :)

maka bermulalah sesi kakroz study trek tahan dan siapkan barang@equipment outdoor utk G7. study google, study youtube, tanya otai gunung, tanya pakcik, semua kata susah,hardcore. sooooo tercetuslah ilham untuk training dulu kat mana2 gunung level g7 yang lain. katanye Yong Belar merupakan G7 yang paling senang.tanpa berlengah sis terus follow group redants and aadk n9 ke YB. Sumber HACAM. haaahaha...terus letak 3 nama.kakroz,teera and izreen. then study lagi pasal trek YB pulak..ahhh sudahhh..trek ni pon macam jahanam jugak je...huhu..lantas kami join lagi trip ke GUS. sebagai training sebelum G7-YB. GUS yang terpilih since boleh buat daypack dan nampak mudah. hahahaha nampak jelaaaa

NAK TAHU APA KESUDAHAN GUS-YB-TAHAN ? 

Nantikan entry yang akan datang :)

selamat berpuasa.
salam 13 ramadhan 1438H

ADA TEASER SIKIT NI :p


MOSSY FOREST...fon murah je..tu gambar not nice...tapi masih terbayang lagi keindahannya


puncak ulu semangkuk


baju event terbesar dalam sejarah XXXL. amek kauuu da rupa baju ujan..kotoran masih ada sampai sekarang :P jenuh bajak tanah kat sini


woot woot siap kua paper 3 pages :P mana taknya first, collaborasi dengan aadk. next, line up dekat 100pax..ko ghaseee??


No comments:

Post a Comment