Thursday, June 8, 2017

gegadis vstarz,kolej kelima,UPM

ASSALAMUALAIKUM...

throwback kisah dulu kala zaman belajar di UPM

TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMESTER PERTAMA SESI 2010/2011

NAMA    : ROZANA BINTI JAAFAR
PROGRAM : BACELOR SAINS (BIOTEKNOLOGI)
FAKULTI : FAKULTI BIOTEKNOLOGI DAN SAINS BIOMOLEKUL
KOLEJ   : KOLEJ KELIMA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
TEMPOH PENGAJIAN : 3 TAHUN

the rest is history...kakakakaka....haha...okay nak cerita pasal rumate. my lovely rumate dari first year sampai final year is cik puan safiqah binti rosli. die amik kos pengajian pengguna. die totally opposite dengan kakroz...die rajin study,kemas bilik,sedikit kuat membebel..hahaha..iollss is malas :P kite panggil die piqa ye...kebetulan,,,piqa ni sepupu rumate kakroz masa kat matrik,kmns, farina...nampak takkk kuat nye jodoh tuuuu..haha..btw farina die pdt,so mase ktrg da abis matrik die ade setahun lagi matrik..pastu dah jodoh..die pon dapat sambung upm tapi kolej lain..tapi seberang jalan je kolej nye :P

gegadis vstarz ni mula wujud bile ade pemilihan krew vstarz untuk first year student...i was like...woaaa peluang bagus ni nak cari duit lebih...hahahaha..welll since kau first year, ade banyak la kelab yang best dalam kolej ni yang ko nak join..alaaa biasalah kat kolej mesti ade wat orientasi n minggu jalinan harmoni yang nak memperkenalkan orang kuat kolej dan kelab-kelab yang ade...kakroz berkenan dengan kelab kembara dan keusahawanan la...kelab sukan? out...satu sukan pon tataw main....kebudayaan? lagi haremm...iolls kan pemalu..hahhaa.....so kita pilih kelab kembara la..kite kan acah2 sado...suka outdoor(sebenarnya suka jalan :P)...tapi macam biasa la..aktiviti outdoor sume costing tinggi..soo ape kita kena buat??make extra money laaaa...memula ni ptptn n jpa pon belom masuk kan...tapi aktiviti da nak start...macamm mane??? nasib baik ade kelab keusahawanan/vstarz...TAPI......KENA INTERVIEW...ohmaiiii...kite da la allergik dengar nama interview T_T

Yang menariknya, alhamdulillah rumate pon berminat nk join...ade geng sikit..lega hati...kosmet kite kaki study..hahahaha...sorry guys :P kite tepaksa join geng rumate dan kosmetnye....hahaha...kosmet rumate yang rapat dengan iolls antara nya ialah masidayu (adek mas), zakiah(cikkia),fazira(cikfaya) dan hanafi (pi)....and yess dorang pon berminat nak join vstarz...masa isi form nak jadi krew tu isi sesama..tapi part interview kakroz rase nak balik bilik je...hahahhaha...i was the last person...jenuh dorang pujuk...hahhaha...the feeling was horrible....dunno why...sampai sekarang taw :P at last pergi jugak...huhu..and alhamdulillah approved...

bermulalah episod sambil jaga vstarz sambil pergi kelas/belajar....hahaha...xde susah mane..ade shift setiap kali jaga 2 jam je..kalo ko rajin xde kelas bole jaga lama lagi..no problem...yang penting amanah,amalkan 5 s.hahaha...masalah mesti ade..tapi pandai2 la settle...semua da besar masuk u pon kan...










ok stop sampai sini dulu sebab kakroz nak recap balik macam mana dila bole join vstar ni..iolls is lupaaaa :P omaigodddd

help me guys...piqa,kia,mas n faz :P


GUNUNG DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai pelbagai gunung dengan ketinggian dan cabaran yang berbeza antara satu sama lain. bagi pendaki-pendaki gunung, istilah G7 dan G12 sangat popular dalam kalangan mereka sebagai mengkelaskan gunung-gunung yang ada di malaysia.

jadi apakah maksudnya G7 dan G12 itu?

G7 adalah kategori gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 7,000 kaki yang terletak di semenanjung malaysia. gunung kategori G7 ini hanya terdapat 7 sahaja di semenanjung malaysia, oleh kerana itu, kategori gunung ini dipanggil G7 sempena angka 7 yang diambil dari ketinggiannya dan bilangannya.

di bawah merupakan senarai G7:

  1. GUNUNG TAHAN (7,186 KAKI) checked! want to repeat
  2. GUNUNG KORBU (7,162 KAKI)
  3. GUNUNG YONG BELAR (7,156 KAKI) checked! sumpah taknak repeat
  4. GUNUNG GAYONG (7,129 KAKI)
  5. GUNUNG CHAMAH (7,119 KAKI)
  6. GUNUNG YONG YAP (7,110 KAKI)
  7. GUNUNG ULU SEPAT (7,089 KAKI) 



manakala G12 pula merupakan gabungan G7 dan 5 lagi gunung yang tinggi di Sabah dan Sarawak iaitu :

Gunung Kinabalu (13,455 kaki) checked! jom repeat
Gunung Trusmadi (8,669 kaki)
Gunung Tambuyukon (8,462 kaki)
Gunung Murut (7,946 kaki)
Gunung Mulu (7,795 kaki)


kebiasaannya, para pendaki dari semenanjung akan grad G7 dahulu sebelum menawan puncak Kinabalu. kononnya sebagai persediaan mental dan fizikal sebelum mendaki gunung kinabalu. tapi hakikatnya, gunung kinabau lebih mudah ditawan berbanding dengan G7. Pasaipa cek kata lagu tu?? walaupun ketinggian gunung kinabalu melebihi ketinggian gunung-gunung G7 TAPI trek gunung kinabalu lebih mudah, user friendly. pendaki tidak perlu membawa beban ration dan juga khemah sebagai shelter. segala kemudahan sudah disediakan di Laban Rata. tempat tinggal ala dorm @ resort sudah tersedia, makanan mewah yang amat, tandas yang selesa. G7? Sumpah xdo yang selesa..tandas pon kena korek lubang, restoran? jangan mimpi..tunggu guide bukak dapur haram baru rasa air panas..guide baik dapat rasa maggi..semuanya kena pikul sendiri dari bawah.

sebenarnya, kakroz tak pernah plan pon untuk terus mendaki selepas gunung kinabalu. tapi atas pujuk rayu geng kinabalu ajak G7 atau lebih tepat GUNUNG TAHAN, sis pon dengan yakinnya setuju. since dah kenal masing2 dan boleh sambung ukhwah on trek kat gunung seterusnya. dan semestinya dengan persetujuan my partner in crime la...teera :) kalo dia xjoin sis pon xjoin :)

maka bermulalah sesi kakroz study trek tahan dan siapkan barang@equipment outdoor utk G7. study google, study youtube, tanya otai gunung, tanya pakcik, semua kata susah,hardcore. sooooo tercetuslah ilham untuk training dulu kat mana2 gunung level g7 yang lain. katanye Yong Belar merupakan G7 yang paling senang.tanpa berlengah sis terus follow group redants and aadk n9 ke YB. Sumber HACAM. haaahaha...terus letak 3 nama.kakroz,teera and izreen. then study lagi pasal trek YB pulak..ahhh sudahhh..trek ni pon macam jahanam jugak je...huhu..lantas kami join lagi trip ke GUS. sebagai training sebelum G7-YB. GUS yang terpilih since boleh buat daypack dan nampak mudah. hahahaha nampak jelaaaa

NAK TAHU APA KESUDAHAN GUS-YB-TAHAN ? 

Nantikan entry yang akan datang :)

selamat berpuasa.
salam 13 ramadhan 1438H

ADA TEASER SIKIT NI :p


MOSSY FOREST...fon murah je..tu gambar not nice...tapi masih terbayang lagi keindahannya


puncak ulu semangkuk


baju event terbesar dalam sejarah XXXL. amek kauuu da rupa baju ujan..kotoran masih ada sampai sekarang :P jenuh bajak tanah kat sini


woot woot siap kua paper 3 pages :P mana taknya first, collaborasi dengan aadk. next, line up dekat 100pax..ko ghaseee??


Monday, January 30, 2017

misi g7

assalamualaikum semua.....
haacummmmm...hahaha terbersin kakroz bukak blog ni..berabuk weyyhh...hahaha...ke-busy-an, ke-kpop-an sampai tak dan nak update entry terbaru...sooooo betibun cerita nak kena cover ni...
-wedding zana-kota tinggi
-gegadis mak sabar + kacang pool jb
-wedding eija queen
-jugra wif family
-ayam pangsuh/ayam buluh
-sibling outing-ioi putrajaya
-trip pangkor krismas
-besday nurul kat pulau carey
-trans gap-ulu semangkok
-wedding mail-fathin bp
-pantai minyak beku,bp


masyaallahhhhhh...banyak nye nak cover...doakan kakroz timbul kesedaran nak menaip ye :P

ohhh kenapa title misi g7?

insyaallah ade rezeki kakroz the triplet nak join trip ke yong belar 11/12 feb ni...doakan cuaca menyebelahi kami semoga kami selamat pergi dan kembali...ohhh we have to training a lot guys !!! no porter available...goshhhh...T_T

ni kakroz kasi video orang lain naik yong belar...





info:
yong belar- g7 ke3 yang tertinggi di semenanjung selepas gunung tahan dan gunung korbu
ketinggian-2181 m
lokasi-terletak di antara sempadan negeri perak-pahang-kelantan (cameron highland)