Monday, December 12, 2016

maulidur rasul, 12 rabiul awal 1438 hijriah

ASSALAMUALAIKUM...warga blog..

salam maulidur rasul...mari berselawat ke atas baginda nabi muhammad saw untuk memperolehi syafaat baginda di hari akhirat kelak...

meh kakroz nak share info sikit pasal tema sambutan maulidur rasul tahun ni dan sejarah kelahiran dan peribadi mulia baginda nabi :)


Tema Sambutan Maulidur Rasul 2016 - 1437/ 1438H

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 2016, berikut dikongsikan tema Maulidur Rasul 2016 1437/1438H.
  • Tahun 2016 : "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
  • 2015 : “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
  • 2014 : "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI

Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:


"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".


Ketokohan 

Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir

Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).

Kesimpulan

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.





Thursday, November 24, 2016

banner/bunting special untuk blog kakroz :)

assalamualaikum semua...

sebab kakroz baru berjinak dengan dunia photoshop, kakroz pon saje nak try buat banner/bunting khas untuk kakroztheexplorer.blogspot.com

so,,,nanti bebila kakroz travel/hiking bole la jadi bahan props :)

lets cikedoaut.....

saiz 2x2
besar pulaks :P





hahahhahaa....self rewards katenye...


kakroz kakak sado yang kiut :)

Program Pendidikan Biodiversiti Tasik Temenggor Pulau Banding,Perak 12-15 NOVEMBER 2012, INFO BELUM

ASSALAMUALAIKUM…

PART 1 - INFO & SEJARAH BELUM

Sebelum kakroz nak mulakan cerita mengenai pengembaraan kami ke Pulau Banding, kakroz nak share sedikit info mengenai tempat ini.

GERIK: Panorama indah Tasik Temenggor pasti membuatkan sesiapa sahaja yang melalui Lebuhraya Timur-Barat yang menghubungkan Gerik dan Jeli di Kelantan akan mengalih pandangan ke arahnya. Kakroz pon sama masa dari kelantan nak balik semula ke shah alam,tapi start banjir belah pantai timur, so balik ikot perak.

Terbentang dengan permukaan air meliputi 15,200 hektar, tasik buatan terbesar di Perak ini, yang berlatar belakangkan Kompleks Hutan Belum-Temengor, sememangnya mendamaikan dengan suasana nyaman dan udara segar.

Berdasarkan sejarah, tasik yang mengelilingi sekitar hutan Belum dan Temengor pada awalnya adalah perkampungan orang Melayu dan Orang Asli.

Biarpun begitu, mungkin tidak ramai menyedari tasik yang diwujudkan untuk projek Empangan Temengor pada tahun 70-an ini, menyimpan khazanah alam amat berharga buat negara.


Info Royal Belum

- Hutan Belum yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak dan diisytihar semula sebagai `The Royal Belum' oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 31 Julai 2003.

- Nama Hutan Belum diambil daripada nama asal perkampungan Melayu iaitu Kampung Belum Lama meliputi tujuh perkampungan kecil.

- Royal Belum dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Hutan Belum dan Hutan Simpan Belum. Pengunjung hanya boleh meneroka Hutan Belum yang tidak diwartakan sebagai hutan simpan, manakala untuk ke Hutan Simpan Belum perlu mendapatkan permit pihak berkuasa.

- Hutan Belum-Temenggor berusia 130 juta tahun adalah hutan tertua di dunia, lebih tua dari hutan Amazon.

- Menjadi kawasan tadahan hujan utama di Semenanjung Malaysia.

- Kompleks Hutan Belum-Temengor merangkumi Taman Negeri Royal Belum (117,500 hektar), Hutan Simpan Grik (34,995 hektar) dan Hutan Temenggor (147,505 hektar).

- Keluasan Kompleks Hutan Belum-Temengor hampir empat kali ganda saiz Singapura, kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

- Terdapat lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 ikan hidup di sini.

Sejarah

Dicatatkan, Hutan Belum satu ketika dulu pernah menjadi lokasi panas pertempuran pengganas komunis dengan tentera, terutama selepas Jepun menyerah kalah. Malah, difahamkan, Hutan Belum juga pernah menjadi laluan masuk tentera Jepun dari Thailand ketika Perang Dunia Kedua.

Sejak tahun 1948 hingga tahun 1989, Hutan Belum dilabelkan sebagai kawasan hitam berikutan aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM). Malah, pengganas komunis menjadikan hutan tebal itu sebagai tempat persembunyian mereka.

Perkara itu disahkan penduduk asal Kampung Belum Lama, Mohamad Awang Kechik (Pakteh), 88, yang menceritakan bagaimana komunis menguasai hampir segenap hutan seluas 300,000 hektar itu, malah ada yang tinggal dalam kampung yang sama.

"Memang komunis sangat ramai ketika itu, tapi tak kacau orang kampung. Malah, mereka berbaik dengan orang Belum Lama kerana orang di kampung kami pun bukan calang-calang. Sejarah menceritakan ramai orang berhijrah ke sini dari Thailand.

"Ada seorang dipanggil Syed yang sangat kuat dan jahat dari Thailand. Dia lari ke Belum Lama dan tinggal agak lama sebelum buat onar dengan mengganggu anak dara kampung ini. Tidak lama selepas itu, dia mati di tangan orang Belum Lama," katanya.

Malah, menurut Ketua Kampung Belum Baru, Mat Narun Mohamad, Pakteh sendiri antara empat orang yang amat ditakuti komunis ketika itu. Sering komunis berkunjung ke Belum Lama untuk berjumpa Pakteh kerana rasa hormat terhadapnya.

Bagaimanapun, pada tahun 1949, British mengarahkan warga Belum Lama berpindah dan mengosongkan hutan itu bagi melancarkan gerakan menghapuskan komunis.

Ditanya kenapa banyak kubu dibina di Pulau Banding, Pengurus Rekreasi Belum Rainforest Resort, Mohd Danial Mohd Amin, berkata ia bagi menghalang kemaraan komunis dari hutan.

"Komunis juga membina banyak laluan bawah tanah untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Malah, laluan bawah tanah juga dikatakan menghubungkan dengan Thailand. Kerana itulah Empangan Temenggor dibina. Selain menjadi penjana hidroeletrik, ia juga untuk menenggelamkan laluan bawah tanah komunis.

Ramai tentera kita terkorban dalam pertempuran dan serangan hendap komunis sebelum empangan itu dibina termasuk helikopter Nuri yang ditembak jatuh ketika sedang menghantar anggota tentera dan bekalan makanan ke kawasan operasi menyebabkan 11 orang terbunuh termasuk juruterbangnya pada 27 April 1976.

kisah kami

Pengarah program untuk event kali ni ialah sairul. Dan ini jugak satu-satunya event yang pengetua join yang betul betul join, bukan sekadar datang untuk merasmikan/menutup majlis, sepanjang hakak dok kolej. Program ini mendapat kelulusan bhep sementelah mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas untuk ke pulau banding. Kami mendapat bantuan pengangkutan dan duit. Program ini juga mendapat kerjasama dengan Jabatan Perhilitan Negeri PERAK.

STAY TUNE!!!

MOH LAYAN GAMBO DULU....



empangan temenggor.empangan janakuasa hidroelektrik.


pemandangan tasik dari pulau banding


woot woot....


kita akan lalu jambatan ni...teruja tau tau tauu


beautiful view :)


stay tune untuk part 2 :)

kakroz kakak sado yang kuat burn :(







Friday, November 18, 2016

ABC & GREEN TEA IS COMING !!!

ASSALAMUALAIKUM....


salam jumuah barakah...


alhamdulillah kakroz baru je bank in duit beli mangkuk abc dan green tea !! stay tune untuk projek kedai kakroz yang seterusnya :)

adakah ABC MANGO sesedap di pasar filipine? adakah big cup rm5 ???

stay tune gaisss :)


all time feveret...abc biasa


abc hipster kau hado?


coklat galore !


woot woot...stay tune yaaaaa


perghhhhhhh...masih terasa kelemakan mangga itu...




sekian,
doakan urusan berjalan lancar

kakroz kakak sado kuat makan

Tuesday, November 15, 2016

EKSPEDISI BERAKIT SUNGAI NENGGIRI, 2011

ASSALAMUALAIKUM......


my 1st trip on 2011 Berakit at nenggiri with UPM

Wow..dalam sejarah setelah 11 tahun ku berkecimpung dalam berakit ini la kali pertama aku rasa terlalu enjoy dan dalam sejarah juga buat kali pertama aku berakit selama 5 hari 4 mlm bersama mereka.

Mereka 42 orang yang terbaik dan nakal2 juga..i like it! 

Terima kasih kepada anak-anak kapal ku dan peserta-peserta yang terlibat..korang mmg terbaik dan nakal rasa bagaikan 1 big happy family. Tanpa Korang..trip ini mungkin tak bermakna. Rasa cam takmo balik je dan takmo berpisah bersama korang semua. i'll gonna miss u all..
InsyaAllah...kita akan Berjumpa lagi next time. 

P/S : tag la pic rakan2 yang lain

* kata-kata ini dipetik dari fb abg madey sendiri...di mana mostly gambar-gambar ni kakroz sedut dari fb die :P

untuk trip ekspedisi berakit sungai nenggiri 2011 ni, ni first time kakroz join berakit...masa start je promo kat kolej pasal berakit,kakroz bayangkan kitorang akan berakit guna buluh,,kalo takpon berakit guna tubing-rubber dinghy....sekali...hamikkk kau...tube lori :P

trip ni underground.maksudnye,paperwork xlulus.upm xkasi duit dan pengangkutan.kami pergi sendiri.semua tanggungjawab sendiri. pengarah program ni kak oshien. kami bergerak dengan beg masing2 beserta bekalan makanan,tali,stove,pinggan,cawan....hazabb giler weyyy...da la g naik bas kejap,ktm kejap...da la berat storage box toyogo tu...sampai pecah sikit...hahaha...

dari upm kami ke ktm serdang (ada kisah sedih di sini :( ) untuk ke stesen putra naik bas ke gua musang. sampai gua musang abah pickup ke kuala betis.rehat sekejap. hari da siang sikit baru nampak macam mane rupenye sungai nenggiri...MASYAALAHHH....teh ais nyeeee..hahahaha...

trip ni tak macam trip nenggiri 2012 yang ade program dengan pelajar sk pulat dan konservasi gua cha..trip ni santai je.....enjoy sampai lebam...trip ni jugak ade guider yg NAUZUBILLAH nye perangai...hahhahaha..kaki bahan kaki buli kaki kencing...semua kaki yang ade la...since ini tahun pertama kakroz kat kolej, so rata2 yang pergi senior...yang junior ada la sikit..geng biotek,mikrob,bpg..yang lain senior...dapat pulak senior yang kaki gelak,menganjing,membahan memang enjoy la...cream perot kite asik gelak...bak kata dak wicet..

kali ni kakroz satu rakit dengan kude,shu,fiqah dan mazliana(yana) dan guider abe mat....best sangat...we had fun we had joy we had season in the sun...aisehhh kua pulak lagu pakwe kite...:P
trip ni ade kejadian rakit tebalik(rakit abg madey), budis kena duri rotan, rakit kakroz dapat rasa lalu jeram yang semua kena angkat pedal dan jerittttt...haha...serius besttt....ade jugak kes kak fifi kena sakat dengan abg long sampai nak temuntah...haha...kes kena campak dari rakit utk sesi floating....kes abah yang hampir terjerut dengan tali dalam air,nasib baik ade heroin,aseken @ikien

jom layan gambar.....menggamit memori nihhh...gambar ihsan abg madey dan kak ella.





kakroz dan aseken....heroin abah


kau ingat kau raja....semua bekerjasama pasang rakit ni tak kira laki ke pompuan...sama sama naik kan...


kuat nye kak mcd ikat rakit tu....


nasib baik ade kude tolong we ollss...hahaha




ayahanda baris, abg alem, kak sara, ena , kak syida





rockk ooo...gigih kak ju tarik tali tu..jaga2 kusut rambut kang :P


rakit kakroz and the geng in the making :)


geng rakit abg madey...yang tebalik tu :P


semua tengah khusyuk ikat tali 


taraaa...this is kuala betis...ready untuk berlepas guysss


adrenaline rush here !


menungu saat take off....kelihatan adah tak sabar di ditu...siap tengok jam lagi :P



tu dia abg long yang annoying...hahaha


kami satu rakit yooo!


kasem ni lawak la...hahaha..tali spek die mahal wooo


tempat tinggal kami di gua cha



p-nut ingat nak bahan dorang,sekali kena bahan balik


tempat tidor,tempat berkumpul,tempat lepak, tempat solat




sesi main game..kalo tak silap ni game pemberita kepala 3


ade sesi sharing dan info untuk tentatif esok hari


terserlah kejunioran kite guys...sekarang semua da cun melecun :)



cari kayu api untuk maintain unggun...bahaya malam2 takde unggun..takut cik jah dan cik mau


teera excited explore gua cha


sesi taklimat kot...lupa sudahhh



yaeyyyy rakit kakroz....guider abe mat, kakroz,fiqah,shu,yana dan kude


subhanallah...cantiknye view....


anak anak rakit abg madey
eija,kak umul, taleq,botol,anim


team rakit senior...haha 
bulan,kak fifi, kak ju, bell


ni la gambar tempat tidor di gua cha...batu gua sebagai bumbung...ade term nye tapi da lupe :p


abg madey..tak secomel nenggiri 2012..kahkahkah



ko bayangkan kitorang angkat toyogo box tu ke hulu ke hilir..nasib baik the boys semua sado dan kuat 


sesi belajar berenang...selepas abah tanya tahap boleh berenang..kakroz ya takde tahap..hahaha...kalo tecampak kompom lemas...


beratur cepat anak anak



aseken the heroin


fiqah dan shu


ayahanda baris


adah


mazliana (yana)

shu


artis nenggiri :P


anis


bell


pinjam spek sape tah :P


lehe the felo


juliana


ena


kak fifi dan bell


imah the chef


kak syida dan kimi di


guider teman..abe mat


guider- abg madey


teera yang sentiasa senyum nampak gigi


eija queen


the hero..abah tahir



ASTAGHFIRULLAH AL AZIM....ape yang korang buat ni ????




jom makan berjemaah


up pic dengan banner handmade ni :P




the orang tua of the kelab kembara..the super senior


pANJAang nye banner ni..tak nampak kaki kite :(


begambar dengan anak orang kampung


alololo suwwit angat fit dengan abg madey..memori pokok kelapa gitteww


hahaha semua belom ready


che di dan anaknya


bos bulan n abg madey


NAUZUBILLAH...teruknya perangai...ayah sape ni???

team kelab kembara ...42 orang


mission accomplished guys!!


macam ni tak rindu?nampak no menipu...


dari kg star ke rumah abah...ekspedisi berakit tamat..jalan darat pulak


dah macam barang-barang mangsa banjir..haha


cepat guys..jom tolong menolong..cepat sikit siap dan gerak mandi kat uma abah..


ape yang penting..kerjasama..


guider pon kena kacau..kau rase...hahaha




pewittt..da cun semua....baru nampak macam betamadun sikit..hahaha


awat lain gile katik????? 


semua stress naik keretapi..muka toyo je..kepenatan...



sekian dari kakroz...yang terkurang,terkutuk,terejek harap maaf..
sesiapa yang rindu dan nak tengok gambar full sila lawati album gambar di FB abg madey - 
Madey Abdul dan Ella Elyana

semoga mengimbau kembali kenangan anda semua :)

kakroz kakak sado yang comel.